Rakyat

Selepas KL, Kini Putrajaya Pula Tawar Peluang Berniaga Kecil-Kecilan Buat Orang Ramai!

15
SHARES

Beberapa hari lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini. Pengumuman dari Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut berkata, bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

GILIRAN PUTRAJAYA JADI WILAYAH ‘BEBAS BERNIAGA’

Terbaharu, penduduk di sekitar Putrajaya yang terkesan dengan impak COVID-19 boleh menarik nafas lega apabila mereka diberi peluang untuk berniaga kecil-kecilan demi menampung kos sara hidup selepas ini.

Perbadanan Putrajaya (PPj) melalui satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu selaras dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga pada kelmarin.

“PPj dengan ini membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B). Perniagaan boleh dimulakan bermula 15 Nov ini sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa enam bulan berkaitan (Nov 2020 hingga April 2021),” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, borang permohonan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan INI.

Buat anda yang berminat, permohonan lengkap boleh dihantar kepada Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau melalui [email protected]. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui talian 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231.

Apa yang kita akan dapat lihat mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ dan sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

*Selamat berniaga semua!

Sumber: Perbadanan Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×