Asuh

Dr. Izzar Kongsi 5 Perkara Penting Mak Ayah Kena Ingat Bila Latih Anak Berpuasa, Jangan Paksa!

32
SHARES

Bukan mudah untuk mak ayah memulakan latihan berpuasa dalam kalangan anak-anak. Mana tidaknya, kalau orang dewasa pun ada yang tidak tahan berpuasa, inikan pula bagi kanak-kanak. Jadi, penting untuk mak ayah memulakan latihan berpuasa dalam proses berperingkat. Jangan terlampau memaksa anak-anak kerana boleh memudaratkan badan mereka yang memerlukan khasiat yang banyak ketika proses pembesaran.

Oleh itu, ini beberapa tips yang dikongsikan oleh Dr. Izzar yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera.

JANGAN PAKSA, TETAPI LATIH ANAK BERPUASA SECARA PERLAHAN

Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak.

Anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.

Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah-marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.

Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke.

5 PERKARA MAK AYAH KENA INGAT BILA NAK LATIH ANAK BERPUASA

Ok la, kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat :

✅ sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.

❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak

❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.

❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang

❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan

Sumber: Dr. Izzar Anwari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×