Famili

‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

210
SHARES
cara kira merit

‘Demam’ keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih lagi belum berakhir dan dapat disimpulkan bahawa ada segelintir pelajar yang tidak tahu cara kira merit SPM.

Menerusi perkongsian Abdul Muiez di laman Facebooknya, terdapat beberapa rahsia perlu dikuasai oleh calon SPM sekiranya ingin mendapat pengiraan yang tinggi. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Seramai 85,706 Calon SPM 2023 Gagal Subjek Matematik, Apa Puncanya?

CARA KIRA MERIT SPM, INI ‘RAHSIA’ KALAU NAK DAPAT TINGGI

Ada yang bertanya, kenapa dapat 3A dan 1G tapi merit lebih kurang 40 saja? Rahsia untuk dapat merit tinggi adalah terletak pada 4 subjek universal iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matemarik.

Makin tinggi keputusan 4 subjek itu, insyaAllah mata merit akan tinggi. Walau bagaimanapun, mata merit bukanlah terletak pada mata pelajaran universal semata-sama. Tapi gabungan bersama mata pelajaran pakej, mata pelajaran tertinggi yang lain dan markah kokurikulum.

Tengok gambar pertama. Murid itu dapat 8A, tapi subjek matematik dapat C. Markah meritnya jadi 80% saja. Tinggi ke 80% tu?
Kalau kursus biasa, mungkin tinggi. Tapi kalau nak minta perubatan dan kursus-kursus hot seat, 80% tu sangat sangat sangat rendah.

cara kira merit

Bagaimana pula kalau salah satu antara subjek Bahasa Inggeris atau Matematik gagal? Mata merit akan turun jadi 77%. Boleh dikatakan tinggi juga untuk kursus yang biasa-biasa. Cuma bila BI gagal, dia akan memberi kesan kepada syarat. Hal ini kerana kebanyakan kursus yang ‘sedap’, syaratnya mesti lulus atau kredit BI dan Matematik.

Bagaimana pula kalau semua subjek dapat A? Mata merit akan melonjak ke 87%. Semua A – 87%

Semua A kecuali 1 C antara mata pelajaran BI dan Sejarah – 80%

Nampak beza tak? Kalau nak dapat mata merit atas 90% kena dapat berapa A? Kena dapat 3A+ untuk subjek universal dan subjek lain dapat A. Baru dapat 90.75%

Walaupun begitu, nak mohon Asasi Sains Hayat (94.84%) dan Asasi Pintar (94.73%) tetap tak lepas.

Jadi, bila dapat keputusan SPM nanti, jangan senyum sangat bila dapat banyak A. Kena tengok dulu subjek apa yang dapat A.
Begitulah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara

Sumber: Facebook Abdul Muiez

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×