Asuh

Lakukan 5 Perkara Ini Dengan Segera Jika Serangga Masuk Dalam Telinga Anak!

73
SHARES

Siapa yang tak pernah mengalami insiden serangga masuk dalam telinga? Pernah juga menjadi cerita ‘lawak’ semasa kecil, kejadian sebegini sebenarnya boleh menjadi mimpi ngeri buat sesiapa sahaja. Khususnya buat anak-anak yang masih kecil, kejadian serangga masuk dalam telinga ini sebenarnya boleh menjadi lebih teruk jika tidak menerima rawatan dengan cepat.

Oleh itu, Dr. Ahmad Luqman Bukhairi berkongsikan apa tindakan yang mak ayah boleh buat apabila ada anak-anak mengadu gatal atau rasa seolah-olah ada sesuatu bergerak di dalam telinga. Yang penting, jangan gelabah!

ANAK MERAUNG SAKIT, ADA BENDA GERAK-GERAK DALAM TELINGA!

Siapa yang pernah tengok anak meraung sakit sebab ada ‘benda’ duk bergerak-gerak kat dalam telinga dia, mesti akan teringat sampai bila-bila. Tiba-tiba je parent pun jadi panik, mati akal tak tahu nak buat apa bila terserempak keadaan macam tu. Ni saya kongsikan 5 langkah penting nak kena buat kalau ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga si kecil kita tu:

1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.

2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.

3. Cepat cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.

4. Sekiranya mak ayah boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.

5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.

Bantu saya #sebarkan tips penting ni pada semua mak ayah ye. Kesian kat si comel yang kesakitan sebab parent tak berapa pasti apa yang nak kena buat.

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×