Famili

“Selamat Ke Saya Nak Gendong Anak Hadap Depan?”- Doktor Kongsi Tips Guna Baby Carrier

420
SHARES

“Doc, boleh ke saya nak gendong anak saya mengadap ke depan?”
“Anak saya taknak duk atas carrier kalau mengadap saya. Camana nak buat ek?”

Teknik mengendong anak kecil mungkin agak berbeza bagi setiap orang. Ada yang suka mengendong anak dengan cara anak menghadap ke hadapan dan ada juga yang suka gendong anak menghadap wajah kita. Namun, bagi sesetengah situasi, anak-anak akan lebih suka untuk menghadap ke hadapan berbanding tengok wajah si ibu atau ayah. Bahaya atau tidak untuk anak-anak selalu digendong menghadap ke hadapan? Ini jawapan pakar.

TEKNIK FRONT FACING BILA GENDONG ANAK

Saya dah tulis tentang perkara ini tahun lepas lagi, tapi masih ramai yang bertanya tentang “Front Facing” pada saya. Jadi saya ingat, saya tulis sekali lagi hari ni. Tapi ini sekadar pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pendapat pakar lain dalam bidang ini.

Pada yang mengenali saya dan berkesempatan menghadiri kelas- kelas babywearing saya mesti tahu yang saya sentiasa menyokong apa jenis baby carrier pun, asalkan memenuhi keperluan, selamat serta selesa untuk penggendong dan anak yang digendong. Jadi, baca dengan berlapang dada. Pertama sekali, mengapa baby carrier sebegini wujud? Betullah. Untuk memenuhi keperluan penggendong yang bertanya soalan-soalan di atas tadi tu.

Carrier yang membolehkan bayi digendong menghadap ke depan dicipta untuk memenuhi kehendak penjaga (terutamanya kaum BAPA) yang ingin “bonding” dengan anak mereka melalui kaedah “exploration”.

Semasa menghadiri ceramah oleh seorang saintis yang telah membuat pelbagai kajian tentang babywearing, saya telah belajar beberapa perkara. Saya kongsikan di sini (tolong jangan minta kertas kajian semua ya? Saya tulis ni sebagai perkongsian santai supaya mudah difahami sahaja. Bukan nak kongsi kertas saintifik).

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG BABYWEARING

1. Bayi yang mempunyai kawalan leher dan kepala yang baik, biasanya bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Bayi pada umur ini juga sudah bersedia dari segi perkembangan otak untuk menjelajah (exploring) alam sekeliling.

2. Bayi boleh dihadapkan ke depan, tapi seelok-eloknya dalam tempoh yang sekejap sahaja (paling lama 30 minit) dan disyorkan dipusing menghadap penggendongnya semula selepas itu untuk mengelakkan keletihan.

3. Bayi dihadapkan ke depan di dalam suasana yang terkawal sahaja, iaitu di tempat yang tidak sibuk seperti di rumah sendiri dan di taman-taman awam yang lengang (bukan di shopping mall atau expo yang sibuk dan sebagainya).

4. Penggendong mesti “aware” dan jangan leka semasa bayi digendong menghadap depan. Perhatikan tanda-tanda bayi keletihan, mengantuk dan perlu menyusu (lebih mudah dikesan jika bayi menghadap penggendong). Jangan pula anak dah tidur pun ibu bapa masih tidak sedar dan tidak memusing anak ke dalam semula. Bahaya.

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa yang menggendong ialah keselamatan bayi. Pastikan peraturan keselamatan menggendong sentiasa dipenuhi.

Apa alternatif untuk membolehkan bayi menghadap ke depan?

1. Gunakan Ring Sling- anak di dalam ring sling dibawa di bahagian pinggul penggendong dan boleh nampak depan sama seperti penggendong.

2. Jika anak ada kawalan leher dan belakang yang baik dan cukup tinggi, boleh la ibu bapa mencuba “back carry” pula. Pastikan anak digendong tinggi di belakang (high back carry) supaya anak dapat melihat dari atas bahu penggendong.

Jadi, boleh ke gendong anak menghadap ke depan? Anda tentukan sendiri dan buat keputusan yang terbaik untuk anda dan anak anda.

Semoga penerangan ini bermanfaat untuk semua. Marilah kita menjadi ibu bapa yang lebih prihatin tentang keselamatan anak-anak kita semasa menggendong. Dan jadilah ibu bapa yang menyokong dan lebih berempati antara satu sama lain.

Sumber : Dr Izam Suziani, Certified Babywearing Consultant, MTL Trageschule UK, Baby Wearing by BabyUltra.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×