DIY & Kraf

Cara DIY Sticker Label Yang Mudah Guna Selotep Je. Jimat, Tak Perlu Kertas Sticker!

518
SHARES

“Cantiknya bekas-bekas ni, rambang mata dibuatnya. Kalau label lagi cantik. Lagipun senang nak cari bahan nanti. Macam mana nak buat label-label ni ye?”

Sekarang ni dah banyak jual botol-botol cantik untuk simpan stok bahan mentah di dapur, rempah-ratus dan juga botol-botol cantik untuk isi sabun cecair.

Untuk memudahkan kita cari, eloklah kalau dilabel bahan-bahan tu. Lagipun bila bubuh sticker, memang nampak cantik. Dah macam dekat hotel punya pun ada, kan?

Jom kita tengok cara DIY sticker label yang dikongsikan oleh MeerSha Sapian.

Tak perlu keluar belanja besar pun. Tak payah pergi kedai beli kertas sticker. Kebanyakan bahan dah ada dekat rumah.

Jom tengok langkah selengkapnya di bawah ini.

Cara DIY Sticker Label Yang Mudah & Jimat

Memandangkan makin ramai yang dah ‘terjebak’ dengan bekas dan botol di kedai-kedai RM2, mesti ada yang nak tahu cara buat label sticker macam ni kan?

Saya saja nak share cara DIY sticker label ni sendiri. Sebab nak label sikit je, tu yang berkira-kira sikit nak beli kertas sticker yang mahal-mahal semua.

Jadi kita DIY je pun OK.

Ini bahan-bahan yang saya guna.

Bahan-bahan

  • Printed label atas kertas A4 biasa (*Boleh design kat MS words nak label n font apa kemudian print. Saya print biasa je kat kedai)
  • Selotep
  • Pensel
  • Gunting
  • Air

Cara-cara

1. Lekatkan Selotep

Mula-mula lekatkan selotep dekat setiap perkataan yang dah dicetak dengan printer.

2. Tekap

Kemudian, ikut balik atau trace guna pensel dekat setiap perkataan.

Trace dekat tulisan tu je tau. Tekan kuat-kuat sikit supaya ink tu melekat dekat selotep.

3. Potong

Lepas tu bolehlah potong nak bentuk macam mana.

Saya potong empat segi biasa je.

4. Rendam

Rendam dalam air kejap dalam 10-20 minit.

5. Gosok

Lepas tu, gosok kertas tu sampai hilang.

Nanti kertas akan tertanggal dan tulisannya tu akan melekat dekat selotep.

6. Keringkan

Biarkan kering atau tekapkan sikit-sikit je dengan kain yang tak berbulu.

Jangan lap pakai tisu nanti dia melekat kat gam selotep tu.

7. Tampal

Bila dah kering boleh la lekat kat mana nak ikut label tu.

Jangan risau selotep tu ada lagi gam dia dan boleh melekat.

Cuma yang untuk bekas minyak masak saya buat tu tak melekat sebab botol minyak saya ada kesan minyak.

Jadi, kena pastikan permukaan barang betul-betul kering dan bersih barulah ia melekat.

Ok jugak kan?

Mudah & Jimat

Haa, mudah je rupanya nak buat sticker DIY ni.

Hasilnya pun boleh tahan juga kan?

Nampak lebih kemas dan tersusun bila dilabel macam ni. Jimat pun jimat.

Selamat mencuba!

*Cara DIY sticker label ini dikongsikan oleh MeerSha Sapian menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×