Cantik

6 Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus. Confirm Berkesan!

293
SHARES
Cara diet yang betul

Cara diet yang betul untuk kurus

Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan semamangnya sesuatu yang wajar tetapi agak susah pada setiap sudut. Untuk memulakan sesuatu yang baru, cabaran yang besar perlu dihadapi terutamanya untuk mengamalkan sesuatu yang baru dan meninggalkan tabiat yang lama. Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah untuk berterusan dalam mengamalkan diet tersebut kerana tiada faedahnya jika anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 30 kg tetapi selepas sebulan, anda dapati berat anda bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda jika anda tidak mencuba. Yang penting, kena cuba turunkan berat badan secara konsisten.

1. Belajar tentang nutrisi

Langkah utama dalam berdiet adalah pengetahuan mengenai nutrisi dan keperluan badan anda. Anda perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan dan yang paling penting adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi. Nisbah karbohidrat perlulah lebih kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

2. Timbulkan rasa seronok

Untuk merasa diet adalah sesuatu yang menyeronokkan, anda boleh menyediakan hidangan dalam bentuk yang digemari seperti memakan buah-buahan bersama sos buah-buahan. Dengan cara ini, anda merasa seronok dan boleh memupuk rasa gembira berdiet. Adalah perlu diingat sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi bagi setiap orang adalah berbeza. Diet bagi orang yang mempunyai sistem metabolisma yang tinggi adalah berbeza dengan orang yang bermotabolisma rendah. Begitu juga dengan jantina. Jika perlu, dapatkan nasihat dari pakar nutrisi mengenai pelan pemakanan sihat yang sesuai untuk anda.

3. Perlahan-lahan, jangan drastik

Cara diet yang betul

Foto Kredit: www.playbuzz.com

Ini cara diet yang betul, tetapi selalunya selalunya diabaikan oleh ramai orang. Dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem badan, anda perlulah melakukan secara perlahan-lahan dan berterusan. Jangan mengubah diet anda secara drastik! Anda sedang cuba melatih diri untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Berikan diri anda masa. Sistem badan manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output melalui otak secara natural mengikut keadaan badan.

Sebagai contoh, anda bekerja sebagai staff pentadbiran dan anda kebiasaannya memerlukan 5 pinggan nasi sehari. Jika anda mengubah diet dengan mengambil hanya 2 pinggan nasi, badan anda secara automatik akan mengurangkan kadar metabolisma dan anda akan merasa sangat letih walaupun hanya duduk di dalam pejabat. Badan anda cuba menyimpan tenaga mengikut kadar 5 pinggan nasi jadi tenaga yang dikeluarkan menjadi sangat sedikit dan anda akan kelesuan sepanjang hari. Keadaan ini juga tetap akan berlaku walaupun anda mengurangkan kadar pengambilan hidangan secara sederhana tetapi kesannya lebih ringan.

4. Setkan objektif

Seterusnya, cara diet yang betul ialah kena sertakan matlamat atau objektif. Matlamat tersebut perlulah realistik dan boleh dicapai. Mengikut kajian, kadar pengurangan berat badan ideal adalah kurang dari 1 kg setiap minggu. Kalau sekarang 70 kg, setkan dalam minda, berapa target berat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, ingin hilangkan 10 kg. Dari 70 kg ke 60 kg. Selagi tidak sampai, perlu terus berusaha dan jangan patah hati.

5. Cari motivasi dan inspirasi

Tips mengurangkan berat badan

Foto Kredit: gutcritters.com

Cara diet yang betul bukan pada makanan semata-mata. Kena ada pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai objektif yang sama. Dalam pengamalan diet yang betul, anda memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan mengamalkan diet bersama anda. Boleh jadi ahli keluarga anda, mahupun rakan-rakan terdekat anda. Mereka boleh menjadi sumber inspirasi dan memberikan kata-kata semangat untuk anda mengamalkan diet yang betul secara berterusan terutama apabila keadaan menjadi semakin susah.

6. Lakukan aktiviti fizikal

Amalan pemakanan yang betul hanyalah sebahagian dari diet yang betul. Aktiviti fizikal dan senaman merupakan sebahagian dari diet. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk membantu anda membakar kalori, meningkatkan imbangan dan koordinasi serta mengurangkan stres. Sebelum mencuba aktiviti fizikal yang berat, mintalah nasihat dari doktor. Bawa bersama pelan pemakanan anda supaya aktiviti fizikal yang diamalkan sesuai dengan keadaan badan dan tidak memudaratkannya.

Akhir kata

Pengamalan diet yang betul bermula dengan pengambilan pemakanan pada nisbah yang betul. Untuk mengamalkan diet yang betul secara berterusan, anda perlulah bersederhana dan perlahan-lahan mengurangkan pengambilan pemakanan. Sokongan insan terdekat mampu memberikan inspirasi untuk anda meneruskan diet dan aktiviti fizikal dapat menambahbaik keadaan badan anda disamping dapat mengurangkan stres.

Berbanggalah jika anda mempunyai cita-cita untuk mengamalkan diet. Tetapi amalkanlah diet yang betul supaya matlamat dapat dicapai dan di akhirnya, anda dapat merasa kebahagiaan sebenar. Kami tidak kata tidak boleh guna produk seperti Herbalife atau Shaklee. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.

Bagaimana dengan anda? Ada tips diet yang betul yang pernah anda amalkan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×