Famili

[FOTO] Comelnya Berbaju Melayu, Telatah Kembar Empat Ini Boleh Cairkan Hati Netizen!

857
SHARES

Siapa yang tidak mahu kalau dikurniakan anak kembar bukan? Bukan sahaja dikatakan ‘bersalin sekaligus dapat kembar’ malah ada juga dalam kalangan ibu-bu yang dikurniakan rezeki mendapat kembar secara double. Macam mana tu? Seperti yang dikongsikan di laman Instagram (Sha.rissa), ibu yang bernama Sharisa Hussein ini telah dikurniakan anak lelaki kembar empat!

Apa yang menariknya, ramai pengikut di laman sosial beliau sering tertanya-tanya dan ingin tahu tentang cara beliau berhadapan dengan telatah 4 orang anak kembarnya.

KEMBAR EMPAT YANG COMEL!

Memang menjadi viral di media sosial apabila gambar cilik kembar empat ini dapat mencairkan hati sesiapa sahaja kerana sangat comel! Lengkap dengan persalinan baju melayu berwarna kuning cair berserta sampin, kembar empat ini memang kelihatan seiras ketika Hari Raya Aidilfitri

Untuk pengetahuan anda, kembar yang diberi nama Farouq, Naaz, Noah, Firas ini akan memasuki usia 2 tahun kelak. Seronok betul ada empat kembar sekaligus.

Comelnya berjubah dan berkopiah!

Seronoknya apabila nurse bawa kembar empat ini keluar bertemu dengan si ibu ketika di wad bersalin.

Sumber: @sha.rissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×