Bosan duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti? Inilah masanya untuk anda menjalankan proses pembersihan rumah secara menyeluruh! Antaranya adalah membersihkan mesin basuh anda yang sudah lama tidak dibersihkan. Maklumlah, pulang sahaja dari membeli barang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda perlu terus membasuh baju tersebut, jadi lebih elok sekiranya kita membersihkan juga mesin basuh secara berkala.
Pembersihan rapi mesin basuh, elak virus!
Dah lama hani tak buat tutorial pembersihan kan. Seperti dijanjikan, ini ialah #tutorialhani untuk pembersihan rapi mesin basuh. Memandangkan sekarang ni musim virus Corona tengah mengganas, hani sarankan untuk kita buat pembersihan rapi sekerap yang boleh.
Setiap mesin basuh ada feature yg berbeza kan. So ni hani tunjuk 3 kaedah tub cleaning yang boleh dilakukan utk buat pembersihan rapi mesin basuh kat rumah masing-masing. Sebelum itu, ini tips hani utk buat pembersihan rapi mesin basuh (WM):
1.Kebiasaannya, kita perlu buat pembersihan rapi maksimum sebulan sekali. Tapi musim virus ni hani galakkan utk kita buat selepas setiap kali cucian.
2.Untuk buat deep cleaning wm, buat dua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
-Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran wm.
-Sebelum buat tub cleaning (tc) , bersihkan lint trap dulu. Rujuk gambar. Kalau lint trap penuh dengan lint (ie kotor), kita buat tc pun tak guna sbb kekotoran yg keluar semasa kita buat tc tak di perangkap oleh lint trap kita. Sebab tu ada yg kekotoran tertinggal kat bahagian tub.
-Setiap mesin basuh ada lint trap built in di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap lint. Rujuk gambar floating lint trap. Beli kat shopee je.
-Kalau selepas buat tc masih ada sisa kotoran kat tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu+penyodok mini (yg selalu kita letak dalam kereta tu) atau guna vakum cleaner je. Pilih mana yang mudah.
-Untuk buat pembersihan rapi wm ni tak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Kalau nak guna yg khas boleh beli di Eco, Mr. DIY, Daiso dan Shopee.
-Selain itu boleh guna peluntur (ie Clorox), guna antiseptic (ie Dettol) atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tc. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam wm, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.
-Sempena musim Covid19 ni, hani sarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Memandangkan virus corona ini boleh dihapuskan hanya menggunakan sabun, guna sabun apa-apa pun memadai. Personally, Hani suka guna sabun basuh pinggan jenis cecair.
3.Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin/tingkap.
4.Untuk bahagian badan wm, elakkan guna pencuci mengandungi harsh chemical/ bleach/solvent.
5.Ada 3 kaedah tub cleaning yang boleh dibuat iaitu :
– Guna setting TUB CLEAN
Guna setting TUB CLEAN
1. Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Biarkan run sampai habis.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 93 min
1️⃣ Guna setting TUB CLEAN 1. Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min2. Masukkan pencuci pilihan. 3. Biarkan run sampai habis. 4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner). 5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser) 6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 minJumlah masa = 93 min
Posted by Hani Mynis on Tuesday, March 24, 2020
– Guna setting SOAK
Guna setting SOAK
1. Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min
2. masukkan pencuci pilihan
3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
*masa tempoh soak ni, jgn cemas pulak bila tub wm tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap2. Nama pun soak = rendam. So bila dia rendam mmg tub tu x bergerak. Kejap2 dia akan pusing. Kalau wm hani masa soak ni selang 1mnt 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit.
Jumlah masa = 114 min
2️⃣ Guna setting SOAK1. Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min2. masukkan pencuci pilihan3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner). 5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser) 6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min*masa tempoh soak ni, jgn cemas pulak bila tub wm tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap2. Nama pun soak = rendam. So bila dia rendam mmg tub tu x bergerak. Kejap2 dia akan pusing. Kalau wm hani masa soak ni selang 1mnt 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit. Jumlah masa = 114 min
Posted by Hani Mynis on Tuesday, March 24, 2020
– Secara MANUAL
Cara MANUAL
1. Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing mcm biasa masa kita cuci kain. = 20 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Lepas 20 min., Off Power.
4. Biarkan 30 minit =guna timer.
5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub
Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm utk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
7. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
8. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 69 min
*utk wm semi auto boleh guna kaedah ini ya
3️⃣ Cara MANUAL1. Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing mcm biasa masa kita cuci kain. = 20 min2. Masukkan pencuci pilihan. 3. Lepas 20 min., Off Power. 4. Biarkan 30 minit =guna timer. 5. Selepas 30 minit, buang air dalam tubPower> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm utk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner). 7. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser) 8. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 minJumlah masa = 69 min*utk wm semi auto boleh guna kaedah ini ya🤗
Posted by Hani Mynis on Tuesday, March 24, 2020
– Selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap kita tadi untik pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hani Mynis