Bila sudah menggunakan periuk selama lebih dari 10 tahun, sudah pasti akan hitam dan berkerak bahagian belakang periuk tu kan? Dah macam-macam cara digunakan untuk menghilangkan kerak hitam tersebut tetapi tak menjadi!
Jadi, terjumpa pula satu perkongsian tips menghilangkan kerak hitam periuk di laman Facebook dimana tips ini menjadikan periuk tersebut kelihatan baru! Berkilat periuk selepas menggunakan kapur makan sahaja!
CARA TERBAIK CUCI KERAK KUALI GUNA KAPUR MAKAN JE!
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan.
Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang….. maii saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia. Hangpa cuma perlu kapur makan.. kapur yang makan dengan sirih tu. Berus dawai tu dengan pisau.Step angpa ikut kat bawah naa.Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi…nak mudah lagi lama rebus lagi mudahh tanggal…
1. Apa yang anda perlukan adalah kapur makan. Kalau tak pasti kapur yang macam mana, senang je..kapur yang dimakan bersama sirihtu.
2.Letakkan kapur di bahagian belakang periuk yang hitam yang berkerak.
3.Rebus di dalam air seketika. Lagi lama direbus, lagi mudah kerak tertanggal.
4.Kemudian, anda boleh kikis kerak periuk yang hitam menggunakan pisau. Bila dah direndam bersama kapur, lebih mudah untuk kerak tersebut keluar.
5. Dah siap kikis, bilas dengan air dan berkilat!
6. Memang nampak macam periuk yang baru dibeli!
Boleh cuba!
Sumber: Amy Rosina