Dapur

Resepi Sos Cili Homemade Turun Temurun, Dijamin Bersih & Sedap!

261
SHARES

Membuat sos cili secara homemade mungkin agak janggal. Namun, sebenarnya dengan membuat sos cili dengan sendiri ini anda dapat mengawal kandungan gula dan tahap kepedasan mengikut citarasa sendiri. Yang paling penting adalah kawalan pengawet dalam makanan pun boleh juga dikawal. Nak tahu macam mana nak buat sos cili secara homemade? Jom cuba resepi di bawah.

MACAM MANA NAK BUAT SOS CILI HOMEMADE

100gm cili kering- belah dan buang biji

2 1/2 cawan gula

3/4 cawan tepung pemekat sos (modified cornstarch)

1/3 botol besar cuka makan

1 sudu garam kasar

1 labu bawang putih (7-8 ulas)

7 cawan air- untuk blender cili

CARA-CARANYA

1.Basuh, rebus dan tapis cili

2. Blend cili dengan bawang putih

3. Masukkan dalam periuk, masak dan didihkan

4. Masuk gula, garam dan kacau sehingga hancur

5. Slowkan api sebab nak masukkan bancuhan tepung pemekat dan pengawet sebab kalau api besar nanti sos berketul-ketul.

6. Last, masukkan cuka.

7. Kepekatan sos kena sendiri yang agak kerana buat bukan pakai sukatan timbang.

Sumber : Norsiah MJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×