Dapur

Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Jejari & Roti Goreng Berinti Untuk Anak-Anak

241
SHARES

“Roti nak dekat expired dah, banyak lagi nak buat apa eh…”

Roti masih banyak tapi yang dah nak dekat expired janganlah dibuang. Hal ini kerana anda boleh buat jejari roti atau roti goreng untuk anak-anak pula. Dah nak hujung minggu ni, boleh cuba resepi jejari roti berintikan telur dan isi ketam dekat rumah. Mesti anak-anak suka!

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

1.Roti : sila la leperkan dengan cara apa sekalipun haha

2. Tepi-tepi roti tu potong tapi jangan buang tau

3. Crab stick (sosej pun boleh)

4. Telur rebus

5. Telur sebiji untuk salut roti

6. Serbuk roti

MACAM NAK BUAT? SENANG JE!

1. Susun atas roti tu satu-satu ikut suka kita nak susun macam mana

2. Pastu kepitkan roti tu..ciksu gam pakai telur tu ja..sapu tepi-tepi tu pastu penyek guna jari i yang kurus ni

3. Salut dalam telur

4. Salut dalam serbuk roti pulak

5. Tadaaaaaa! Siap

6. Macam ini la rupanya

7. Ini hat tepi-tepi roti tu jangan buang tau. Celup sekali dalam telur tu

8. Pastu salut dengan serbuk roti

9. Sila la goreng dalam minyak yang penuh cahaya keimanan. api jangan kuat sangat takut hitam pulak roti tu kepanasan

Sumber : Suryati Abd Talib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×