Dapur

Resepi Chocolate Raisin Loaf Ala Roti Gardenia Guna Bread Maker, Terlajak Gebu!

512
SHARES

Buat anda yang merupakan peminat roti pastinya akan menggemari bread loaf yang dikeluarkan oleh jenama roti di pasaran. Tapi, setiap kali nak beli jenis roti yang digemari setiap kali itulah akan kehabisan stok. Antara yang menjadi kegemaran orang ramai adalah jenis bread loaf yang sangat sesuai dipelbagaikan menunya.

Jadi, inilah masanya untuk anda buat bread loaf sendiri di rumah supaya anda mendapat kepuasan berganda! Jom cuba.

MACAM MANA NAK BUAT BREAD LOAF?

Kalau anda sukakan Gardenia Delicia Choc Raisin Bread atau Massimo Ricco Chocolato, anda patut cuba resipi homemade loaf ini. Sangat sedap, lembut dan gebu! Saya ikut resipi di bawah cuma saya letak serbuk koko satu setengah sudu besar.

Resipi memerlukan roti dibakar terus dalam bread maker. Tapi saya cuma gunakan bread maker untuk menguli dough saja. Selepas itu, saya keluarkan dough, letakkan dalam baking tin dan tunggu naik lebih kurang satu jam. Saya bakar dalam oven suhu 170c selama 20-25 minit. Kalau nak roti lebih cantik dan light crust, terus bakar dalam bread maker jer. Simpan roti beberapa jam dalam bekas bertutup sebelum makan. Roti akan jadi lebih lembut dan teramat gebu!

350 gram tepung roti

80 ml susu segar

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil cocoa powder

25 gram gula kastor

1 sudu kecil instant yis

15 gram butter

air (1 biji telur + air = 185ml) mililiter tau, bukan berat gram. Sebab ada campuran telur ni.

50 gram coklat chip atau chocolate bar dipotong

kismis sesuka hati.

Cara buat roti menggunakan bread maker

1.Onkan pada function loaf, setkan pada 1.5 lb setting dan pilih crust light.

2.Masukkan semua bahan kecuali 50 gram coklat bar @ coklat chip tadi.

3.Tekan on dan biarkan je mesin menguli.

4.Nanti akan ada masa untuk mesin berbunyi menandakan kena masukkan coklat chip, atau bijirin atau coklat bar, atau kismis.

5.Siap!

6. Panas-panas tu keluarkan dan sapu butter seluruh roti untuk jadikan crust die lembut sikit.

Sumber: Zuraita Mohd Anua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×