Dapur

Cara Buat Puding Laici Campur Buah Koktail Paling Senang, Padat & Nampak Meriah!

10
SHARES

Gabungan puding, laici dan koktail memang kombinasi yang sempurna. Dimakan ketika cuaca panas atau sebagai pemanis mulut di waktu petang sebagai penyejuk tekak pasti buat diri terasa bahagia kan. Kegemaran semua tanpa mengira usia. Boleh dimakan oleh seisi keluarga dan dijadikan hidangan jamuan untuk sebarang majlis. Nak buat pun mudah je tau.

BAHAN-BAHAN PUDING LAICI BUAH KOKTAIL

– 1 tin buah laici

– 1/2 tin @ 350g buah cocktail (buah sahaja)

– 1 tin @ 2 cawan @ 400ml susu cair

– 1 3/4 cawan @ 350g gula

– 5 1/2 cawan @ 1100ml air biasa

– 8g serbuk agar- agar

CARA PENYEDIAAN PUDING LAICI BUAH KOKTAIL

1. Mula-mula letak dulu buah cocktail 150g dalam bekas

2. Lepas tu letak 5-6 biji buah laici yang di potong kecil

3. Dalam kuali masukkan air biasa dan serbuk agar-agar. Kacau hingga sebati

4. Pastikan agar-agar dikacau sebati.

5. Lepas tu masukkan gula dan kacau hingga sebati dan mendidih

6. Bila air dah mendidih masukkan susu cair dan kacau laju hingga sebati.

7. Jangan sampai susu cair jadi berketul. Kacau laju-laju.

8. Lepas 10 minit barulah tutup api.

9. Lepas tu tapis adunan ke dalam bekas tadi.

10. Rehatkan puding hingga sejuk dan pejal dalam 2-3 jam.

11. Puding dah pejal.

12. Puding kalau dah pejal akan jadi licin macam ni

13. Lepas tu letak buah cocktail 200g atas puding

14. Dan letak pula semua baki laici tadi. Nak letak sebiji-biji pun boleh. Nak potong kecil sikit pun boleh.

15. Puding tanpa air laici tak lengkap. Tuang semua air laici atas puding.

16. Buah laici dan buah cocktail nak letak banyak mana pun boleh. Nak lagi sedap letak dalam peti ais selama 5- 6 jam sebelum makan.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×