Dapur

Cara Buat Peria Katak Goreng ‘Sebijik’ Macam Di Restoran Nasi Kandar, Rangup!

261
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran nasi kandar, selain mata tertumpu dengan keenakan ayam goreng panas pasti anda akan tertarik juga dengan salah satu jenis sayur yang disajikan. Antara yang menjadi pilihan adalah orang ramai sudah semestinya sayur peria katak goreng. Rangup dan sedap dimakan bersama kari, peria katak goreng semestinya merupakan menu ‘laku keras’. Tapi, bila nak buat sendiri di rumah mesti tidak menjadi!

Jadi, wanita ini kongsikan cara untuk buat peria katak goreng ‘sebijik’ macam anda boleh dapat di restoran nasi kandar.

PERIA KATAK GORENG MACAM NASI KANDAQ

1. Potong dan buangkan isi peria. Pastikan tiada bahagian di tengah tersebut.

Hiriskan nipis-nipis peria supaya akan akan dapat tekstur peria yang rangup.

Kemudian, bancuh tepung campuran tepung bestari dan tepung beras. Pastikan jangan terlampau cair dan bagi campuran pekat dan bergumpal.

Kemudian, goreng dalam minyak panas dan siap!

*Selamat mencuba!

Sumber : HanisHazi

Most Popular

To Top