Dapur

Cara Buat Naan Cheese Di Rumah, Sama Macam Dekat Mamak!

47
SHARES

Sikap rakyat di negara ini yang senang menerima segala jenis makanan dari negara luar seperti Itali, Amerika, Sepanyol, Indonesia, Portugis dan sebagainya menyebabkan kebanjiran kepelbagaian jenis makanan. Hal ini menyebabkan para pengusaha makanan bersaing hebat dalam menjual produk mereka.

Begitu juga dengan sajian roti naan keju (cheese naan) yang mendapat sambutan yang hangut di Malaysia. Dengan menggunakan keju mozarella, kebanyakan pelanggan tertarik dengan keenakan roti naan cheese yang sememangnya menjadi kegilaan ramai.

Baca juga: ‘Risau Ikan Keli Makan Najis’- Ini Penjelasan Hukum Makan Ikan Keli Dari UAI

RESIPI ROTI NAAN CHEESE

Seronok anak-anak tolong bentukkan doh roti naan. Paling suka anak-anak kalau saya buat doh. Suka nak uli dan main sekali. Kali ini saya buat roti naan. Lembut sangat hasilnya.

Bahan-bahan:

  1. Daun ketumbar
  2. Bawang putih India
  3. Minyak sapi
  4. Minyak zaitun
  5. Susu segar
  6. Natural active dried yeast
  7. Raw cane sugar
  8. Garam Himalaya
  9. Tepung gandum unbleached non GMO
  10. Natural yogurt


Mula kisar daun ketumbar dengan bawang putih. 3 saat sahaja tau! Asingkan.


Kemudian masuk susu dan yis, aktifkan 2 minit. Tepat suhu 37 darjah.


Kemudian masukkan semua bahan lain. Terus timbang sahaja dalam bowl yang sama tau, tak perlu banyak bekas untuk timbang satu persatu.


Mix semua bahan 20 saat agar kesemua bahan tadi sebati.

Kemudian uli 3 minit dan pastikan permukaan doh licin (seperti dalam gambar).


Bentuk doh seperti dalam gambar dan letakkan keju mozarella di atas doh tersebut lalu tutup. Sedia untuk digoreng, jangan lupa letakkan bahan yang dikisar tadi (bawang putih dan daun ketumbar) di atas roti naan cheese.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×