Dapur

Cara Buat Kimbap Viral Macam Di Restoran Korea, Isi Padat Baru Puas Makan!

3.4K
SHARES

Makanan Korea sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bila menonton sahaja K-Drama, pasti anda akan terliur dengan juadah yang disajikan di dalam drama tersebut dan membuat anda terus rasa ingin berkunjung ke restoran makanan Korea. Antara menu yang menjadi pilihan ramai sudah pastinya nasi kimbap yang sangat menepati selera Asia dan mengenyangkan perut.

Tetapi, disebabkan semenjak adanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mungkin banyak restoran yang menghadkan menu dan waktu operasi dan menyebabkan ada antara anda yang tak dapat menikmati juadah kegemaran ini. Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja nak buat kimbap dengan resepi yang dikongsikan ini.

Resepi Kimbap Korea

Nasi gulung Korea atau nama popularnya Kimbap. Nasi gulung Jepun pula dipanggil Maki Sushi. Konsep hidangan yang sama tapi sedikit berbeza. Harini sahabat baik saya datang rumah, jadinya saya tergerak hati nk hidangkan kimbap. Saya harap sangat dia boleh habiskan. Saya kongsi cara buat kimbap ya.

KEPINGAN RUMPAI LAUT

– Saya beli di pasaraya besar, bahagian rak jajan.

– Tikar penggulung juga perlu ada untuk membuat kimbap. Rujuk gambar akhir.

NASI

– Saya guna beras Jepun jenama Sumo. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.

– 2 cawan beras, ditanak seperti biasa guna sukatan jari.

– Sementara menunggu nasi, kita boleh sediakan bahan² lain untuk dijadikan inti.

– Setelah nasi siap, letakkan ke dalam mangkuk, tambahkan 1 sudu kecil minyak bijan dan secubit garam halus, gaul rata.

INTI

– 1 ikat BAYAM HIJAU – Petik bahagian bayam lembut, rebus 2 minit, angkat dan toskan.

– 1 biji TIMUN – Potong memanjang dan buang bahagian berjus.

– 1 biji LOBAK MERAH -Buang kulit dan hiris memanjang kemudian sangai di atas kuali. Boleh tambah secubit garam.

– 3 biji TELUR AYAM – Hancurkan dan tambah secubit garam. Masak seperti telur dadar. Hiris memanjang.

– Hirisan DAGING – Perapkan dengan sos tiram dan serbuk lada hitam. Kemudian masak di atas kuali hingga kering jus.
(Boleh juga guna ayam, filamen ketam, sosej)

Susunan membuat Kimbap

1. Tebar tikar penggulung.

2. Alas sekeping rumpai laut.

3. Rata kan nasi ke atas rumpai laut. (Pastikan ada ruang)

4. Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lagi banyak inti lagi sedap.

5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.

6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu.

7. Boleh letak mayonis ke atas kimbap (Pastikan jenama Kewpie)

8. Sedia dihidang.

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×