Dapur

Cara Buat Kek Milo Kukus Guna 3 Bahan, Tak Sampai Sejam Dah Siap!

2.4K
SHARES

Bila sudah berada di rumah dalam tempoh yang lama, bermacam-macam jenis menu yang ingin dicuba. Tambah pula bila keluarga dan anak-anak memang jenis suka makan, maka bersemangatlah si ibu nak turun ke dapur menunjukkan kehebatan. Dalam kita berada di tempoh kuarantin sehingga 14 April ini seperti yang disarankan oleh Kerajaan, apa kata anda cuba buat resepi kek Milo viral dalam masa sejam sahaja dah siap. Boleh hilangkan sedikit kebosanan di rumah.

CARA BUAT KEK MILO KUKUS EXPRESS!

Kek Milo Kukus, tak sampai sejam.. SIAP! Sedap juga ye… Kalau anak duk ulang alik ambik. Tu tandanya sedap la kan?

Resepi :

-2 Cawan Milo (agak-agak je)

-2 Sudu susu pekat

-4 Biji telur. (kuning putih saya guna)

– Saya TIDAK guna Tepung, sebab tepung tak ada kt rumah.

1. Masukkan semua dalam Mesin Pengisar. Mesin bagi mix semua (tak perlu air, putih telur dah bantu milo tu mix).

2.Masukkan dalam bekas & kukus 30 minit… Siap!

Ni 1st time buat. Bau macam kuih Kole Minyak, yang hitam atas ada taburan tu. Kalau tak silap namanya la. Pss.. Makan yang baru keluar peti ais lagi sedap. Macam kek coklat rasanya. (Resepi asal ada letak Esen Vanilla. Tapi fiza tak letak. Sebab tak ada. Guna apa yang ada je. Hihihi)

Sumber: Hafiza Samijan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×