Dapur

Lemang Tak Habis Jangan Biar Basi, Boleh Buat Keropok ‘Lejen’ Tau. Ini Caranya

788
SHARES
Cara buat inang guna lemang

Lemang kalau rasa tak habis dan tak larat makan dah, jangan pula biarkan sampai basi.

Kita boleh olahkan lemang tu menjadi sejenis kudapan ‘lejen’ yang sedap dan rangup ni.

Ia dikenali sebagai inang-inang. Ada juga yang panggil karangkinang atau rengginang.

Asalnya memang diperbuat dari tepung pulut. Selalunya kita boleh nampak ia dijual di gerai-gerai makanan tradisional.

Bila dah dimasak ia akan kembang macam keropok. Rasanya memang sedap dan rangup.

Jom kita tengok macam mana nak buat inang-inang ni menggunakan lebihan lemang je.

Cukup mudah!

Jom ikut cara yang dikongsikan oleh Nor Rra di bawah ini.

Cara Buat Inang-inang Guna Lemang Lebihan

1. Mula-mula ambil lemang dan potong nipis-nipis.

2. Selepas itu susun atas dulang dan bubuh pewarna sikit bagi naik serinya.

Ikutlah nak titik dengan sudu atau nak guna berus pun lagi senang.

Cara buat inang guna lemang

Foto kredit: Nor Rra via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Jemur sampai betul-betul kering.

Anggaran menjemur tu dalam 2-4 hari bagi betul-betul kering.

4. Bila dah kering, bolehlah goreng macam biasa ye.

Sediakan minyak panas dalam kuali dan goreng macam keropok. Nanti dia akan kembang.

Cara buat inang lemang

Foto Kredit: Naz Zira Ahmad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Beginilah hasilnya nila dah digoreng….

Mesti ramai yang pernah makan kan?

Memang sedap dan seronok buat kudapan sambil tengok TV.

So, kalau ada lemang lebih dekat rumah bolehlah kita buat inang-inang ni.

Tak risau membazir lagi!

Semoga bermanfaat.

*Kredit: Nor Rra via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Most Popular

To Top