Cantik

Cara Buat Inai Homemade, Warna Lebih Tahan Lama & Boleh Bawa Ketika Solat

6.9K
SHARES

Musim cuti sekolah sudah pun tiba. Inilah masanya ramai dalam kalangan kita akan mengakhiri zaman bujang kan? Salah satu elemen penting bagi setiap pengantin adalah memakai inai supaya kelihatan manis dan lebih menyerlah di hari pernikahan. Namun, agak susah untuk mencari inai yang berkualiti dan lebih tahan lama berbanding inai yang biasa. Oleh itu, buat anda yang tidak lama lagi akan menjadi pengantin atau yang memang suka pakai inai, boleh cuba cara buat inai homemade yang semestinya tahan lama warnanya!

3 Bahan-bahan asas buat inai

Hi semua. Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Actually anda boleh jugak tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat dari kawan mak. Mungkin lain orang lain bahannya, modal tak sampai 3 ringgit.

1. Kapur sireh/ kapur makan tu.

Ini paling utama. Takda ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas… kang sakit pulak kuku tu mak tak jamin.. Hehehe..

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku.

(Sukatan 2cm persegi). #Atau, sabun axion pun buleh. Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

Sabun yang diparut.

3. Pewarna makanan warna ceri merah.

 

Ada yang pakai sirap. Hehehe.. ikut la nak warna apa pun… oren, purple, hijau, coklat ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

Cara-cara bancuhan

1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong. Lagi satu, yang paling penting boleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku.

Selamat mencuba.

Sumber : Rosdiana Dian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×