Cantik

Cara Buat ‘Green Juice’ Untuk Wajah Lebih Glowing & Cantik

960
SHARES
jus untuk muka glowing

“Green Juice” dipenuhi dengan bahan-bahan yang boleh menghidratkan, kaya dengan nutrien yang menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih. Kulit cerah dan berseri akan membuatkan anda berasa yakin dan gembira.

Sebagai seseorang yang selalu bergelut dengan jerawat hormon, ramai yang mendapati cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang bersih adalah untuk kekal terhidrat dengan jus dan smoothie yang berkhasiat dan dapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap malam, dan amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Resepi green juice yang dikongsi di laman TikTok @michaelfinch ini akan membuat kulit anda semakin glowing.

Baca juga: Kena Buat 5 Benda Ini Seminggu Sebelum Raya, Barulah Glowing!

RESEPI GREEN JUICE UNTUK KULIT GLOWING DAN BERSERI.

Alat untuk membuat jus hijau, anda memerlukan pemerah jus dan botol kaca untuk menyimpan jus.

Bahan-bahannya:

– 1 tandan saderi
– 5 timun saiz sederhana
– 2 biji epal hijau
– 2 biji buah pir (letak jika ada)
– 2 biji limau
– 2 biji lemon
– 4 inci halia

Cara-caranya:

1. Potong kesemua bahan-bahan dalam bentuk dadu kecil.

2. Selepas itu dengan menggunakan pemerah jus, masukkan kesemua bahan.

3. Kemudian, air jus boleh disimpan ke dalam bekas botol kaca ataupun mana-mana botol yang kosong.

Jom sama-sama dapatkan kulit glowing dan cuba rsepi jus ni!

Video penuh:

@michaelfinch

My go-to green juice recipe for ✨glowing skin✨

♬ original sound – hiphoptics

Sumber: TikTok @michaelfinch

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×