Didik

Cara Buat Garlic Spread Yang Memang Sedap Untuk Digandingkan Bersama Roti

761
SHARES

Garlic spread merupakan antara penambah rasa bersama roti yang paling digemari ramai tidak kira usia. Rasa roti yang tawar pun akan menjadi sedap apabila ditambah garlic spread yang seringkali diguna di restoran makanan barat. Bukan sahaja enak, garlic spread bersama roti ini juga sangat sesuai untuk dimakan bagi anda yang nak diet! Jom cuba!

Bahan-bahan

– 2 labu bawang putih dicincang halus

– 2 sudu besar mixed herbs

– marjerin brand Naturel

*boleh rujuk di status fb saya untuk info harga bahan di atas ye. Sapuan ni takda rasa masin untuk versi diet. Kalau nak rasa masin ada, guna sedikit garam bukit.

CARA-CARA MASAK

1. Panaskan 1 sudu besar marjerin Naturel. Guna api perlahan sahaja.

2. Kemudian, tuang bawang putih yang telah dicincang tadi.

3. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu besar mixed herbs.

4. Kacau rata. Tunggu herbs tadi naik bau seketika sebelum ditutup api. Aduh masa ni, bau wangi bergabung menusuk jiwa. Wangi sangat! Biarkannya sejuk dulu.

5. Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin Naturel. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah sejuk tadi.

6. Gaul rata seperti dalam gambar.

7. Sapu tipis pada roti wheat bran sebelum sedia untuk dibakar.

8. Saya bakar atas pan tak lekat je. Terpulang sama ada nak bakar guna mikrowave pun ye.

10. Lebihan sapuan garlic tadi bolehlah dimasukkan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti. Memang tak rugi cuba.

Nampak menyelerakan!

Sumber : Afy Al Habibi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×