Famili

Cara Buat Dumpling Inti Udang & Ayam Di Rumah, ‘Confirm’ Licin!

873
SHARES

Dumpling merupakan antara makanan tradisi masyarkat Cina yang sangat popular. Bukan sahaja boleh berintikan sayur-sayuran, inti dumpling juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera anda. Bukan itu sahaja, dumpling ini turut digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh dimakan bersama sup. Macam mana nak buat? Jom ikut resipi ini.

RESIPI DUMPLING UDANG DAN AYAM

BAHAN-BAHAN A

Isi ayam (cincang halus)
Isi udang (cincang halus)
Carrot (cincang/parut halus)
Daun bawang
Daun sup
Bawang besar
Bawang putih

BAHAN-BAHAN B

Lada sulah
Sos ikan 2 sudu besar
Minyak bijan 2 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Garam
Tepung jagung 1 sudu besar

CARA-CARANYA

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas.

2. Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan inti ditengah. Kelim dengan kemas mngikut kreativiti. Bentuk dan cara bungkus selari dengan tahap kerajinan yg semakin berkurang. *kulit dumpling kalau rajin blh bt sndiri..sy beli yg ready made je..biasanya kt pasaraya mesti ada.

3. Tadaa…dumpling with sauce..sos sedap..bawang putih + cili + sos ikan + kicap cair + cuka + gula..tumis semua bahan.

4. Dumpling soup..sy bt sup bodo2 je..halia + bawang putih + minyak bawang putih + bunga lawang + kayu manis + kiub ayam + daun bawang..siap.

Nampak menyelarakan!

Sumber : Siti Naziha 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×