Dapur

Resepi Coklat Homemade Yang Lebih Sihat Untuk Kudapan Bayi. Tanpa Gula, Tetap Sedap

3.5K
SHARES

Siapa tak suka coklat kan? Kalau buat biskut atau muffin, memang makin sedap bila ditaburkan dengan cip coklat.

Anak kecil yang berusia 1 tahun je atas pun dah boleh makan coklat, tapi tentunya coklat yang sihat tanpa gula.

Dengan resepi coklat homemade yang dikongsikan oleh Puan Khalida Mahsari ini, ibu-ibu boleh pelbagaikan resepi coklat dengan serbuk koko tanpa gula. Bahannya mudah aja!

Jom tengok resepi coklat homemade di bawah ini selengkapnya.

Resepi Coklat Homemade Tanpa Gula Untuk Bayi

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1-2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar madu asli atau kurma
  • 1 sudu besar unsalted butter

Cara-cara

1. Gaulkan Bahan

Mula-mula, gaul kesemua bahan sehingga sebati kecuali butter.

2. Double Boil

Kemudian, gunakan kaedah double boil untuk gaulkan semua bahan tadi.

Gaul tanpa henti sehingga terhasil coklat yang pekat.

3. Masukkan Butter & Susu

Gaul laju dan masukkan butter.

Sekiranya terlalu pekat tambah susu full cream atau fresh milk sehingga ibu puas hati dengan kepekatan coklat.

Agak-agak dah ok tu bolehlah tutup api.

4. Sejukkan & Simpan

Sekarang kita tunggu coklat tu sejuk. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam piping bag. Picit je kecil-kecil untuk buat cip coklat. Kemudian keraskan. Simpan dalam bekas berpenutup dalam freezer.

Kalau tak, boleh letakkan atas acuan atau guna pinggan biasa dan patah-patahkan jadi chocolate bites.

Siap!

Dah ada cip coklat homemade ni, bolehlah buat biskut cip coklat versi baby ni.

Di sini disertakan sekali resepinya.

Resepi Butter Chocolates Chips Cookies Versi Bayi

Bahan-bahan

  • Tepung gandum / tepung kek – 4 sudu besar
  • Tepung jagung – 2 sudu besar
  • Unsalted butter – 100gram
  • Telur – sebiji
  • Madu – 2 sudu besar untuk (1 tahun ke atas sahaja)
  • Badam cincang *letak dalam adunan*
  • Cip coklat homemade

Cara-cara

1. Butter yang telah dilembutkan pada suhu bilik digaul bersama madu menggunakan whisk atau senduk.

2. Masukkan telur dan gaul lagi.

3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum sehingga adunan nampak cantik dicedok mengunakan sudu.

4. Kemudian masukkan badam. Akhir sekali baru masukkan cip coklat homemade. Kaup balik sahaja untuk menjaga bentuk cip coklat.

5. Sudukan adunan macam biasa. Bakar api atas bawah, 25-30 minit suhu 160°c, bergantung pada oven masing-masing.

Beginilah hasilnya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Sedap, Mudah & Lagi Sihat

Ha, menarik kan resepi coklat untuk bayi ni. Bukan bayi saja yang teruja, mak-mak pun mesti seronok tengok hasilnya.

Selamat mencuba!

 

*Cara buat coklat homemade ini dikongsikan oleh Puan Khalida Mahsari menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, boleh follow post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×