Famili

Cara Buat Chizza Ala-Ala KFC Untuk Seisi Keluarga. ‘Simple’ Sangat!

1K
SHARES

Ayam pun boleh dijadikan piza? Haa, bagi anda yang bosan selalu asyik makan roti piza sahaja tu, apa kata anda cuba pula buat pizza ayam yang ala-ala Chizza KFC! Bukannya apa, bila boleh buat sendiri di rumah, kuantiti yang kita boleh dapat pun banyak dan cukup untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, aktiviti memasak ini juga boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang bersama anak-anak di cuti sekolah yang berbaki beberapa hari sahaja lagi. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

www.facebook.com/zaimah.zakaria.96

1. Sos spageti

2. Bawang Holland

3. Mozarella Cheese

4. Nenas, Tomato

5. Chili Flakes

6. Tepung ayam bestari

7. Ayam (Bahagian peha yang dibuang tulang)

CARA-CARA

1. Bancuh tepung bestari dan perap ayam selama 15 minit.

www.facebook.com/zaimah.zakaria.96

2. Masukkan ayam dalam tepung dan gorengkan dalam api yang sederhana sehingga masak.

3. Letakkan sos spageti, bawang, tomato, nenas, chili flakes dan cheese. Bakar ayam dalam suhu 180’C selama 10 minit.

www.facebook.com/zaimah.zakaria.96

4. Siap!

*Dah siap boleh makan panas-panas bersama seisi keluarga. Sedap!

Sumber: Zaimah Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×