Dapur

Cara Buat Apam Balik Gebu Di Rumah, Rupanya Senang Je!

120
SHARES
cara buat apam balik

Apam balik merupakan antara jenis juadah yang sudah semestinya menjadi pilihan ketika berbuka puasa atau moreh. Mempunyai rasa yang manis dan berkacang, juadah ini merupakan pilihan ‘laku keras’ di bazar Ramadan. Setiap kali nak beli sahaja pasti kena beratur dalam masa yang lama. Jadi, apa kata sempena bulan Ramadan dan musim pandemik ini, ini cara nak buat apam balik di rumah dengan bahan-bahan yang sangat senang. Tak payah beratur panjang-panjang di bazar dah!

Cara Buat Apam Balik Di Rumah

Bahan-bahan:

-Telur sebiji

-Gula 3/4 cawan

-Tepung gandum 2 cwn

-Air 1 1/2 cwn

-Soda bikarbonat 1 sudu kecil

-Baking powder 1 sudu kecil

-Pewarna kuning

Bahan tabur:

-Kacang tanah kasar

-Gula kasar

-Marjerin cair

-Jagung tin

Cara-cara:

1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.

2.Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan air dan pukul lagi sehingga sebati.

3.Rehatkan selama 30 minit.

4.Untuk memasak apam, guna kuali non-stick, atau jika tiada, sapukan marjerin pada kuali supaya tidak melekat.

cara buat apam balik

5.Letakkan bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Dan bentukkan menjadi leper.

6.Kemudian letakkan bahan tabur mengikut jumlah yang disukai.

7. Masak menggunakan api kecil. Biarkan sehingga rangup. Kemudian lipatkan seperti dalam gambar.

8. Siap! Selamat mencuba!

resepi buat apam balik

Sumber: Daily Makan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×