DIY & Kraf

Cara Bekukan & Buang Minyak Masak Yang Dah Hitam Guna Barang DAISO

1.4K
SHARES

“Alamak, banyaknya lebihan minyak masak dah hitam ni, macam mana nak buang eh?”

Lebihan minyak masak yang sudah berwarna hitam sudah tidak boleh digunakan untuk memasak dan perlu dibuang. Tetapi, pembuang lebihan minyak ini agak sukar kerana selalu akan terbocor dari bekas plastik yang digunakan. Menjadi antara contoh orang ramai adalah cara yang digunakan oleh orang Jepun dimana mereka akan membekukan dahulu minyak tersebut sebelum dibuang. Tapi, macam mana nak bekukan minyak tu? Jangan risau, dengan perkongsian ini anda akan lebih mudah untuk buang lebihan minyak masak dalam keadaan yang bersih!

MACAM MANA NAK BUANG MINYAK MASAK YANG DAH HITAM?

Ini salah satu cara buang minyak masak yang dah jadi hitam legam.

Jom bekukan minyak masak sebelum buang ke tong sampah. Buang minyak ke sinki boleh menyebabkan sinki tersumbat. Stress jadinya bila sinki tersumbat. Tak pasal-pasal kena upah tukang paip baiki sinki tersumbat.

Cara-caranya

1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).

2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.

3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.

4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.

Selamat mencuba! Tak susah nak buang lebihan minyak dah lepas ni.

Sumber : Noor Hafiza Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×