Rakyat

Gara-Gara Tertusuk Udang, Jari Lelaki Ini Bertukar Hitam & Terpaksa Dibuang

89
SHARES

Siapa sahaja yang tidak suka makan udang bukan? Mempunyai rasa yang enak dan sangat sesuai dimasak juadah apa sekali pun, udang merupakan pilihan utama bagi anda yang merupakan ‘hantu’ seafood. Namun, bukan semua orang mahir dalam proses pembersihan udang sebelum dimasak kerana bahagian kepalanya yang tirus dan tajam. Agak bahaya juga sebenarnya!

JARI BERTUKAR GELAP, MULA DEMAM LEPAS TERTUSUK UDANG

Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura dilaporkan telah kehilangan jari telunjuknya sehari selepas tertusuk udang segar. Dikhabarkan, mangsa bernasib baik kerana telah segera dirujuk ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan, jika tidak, dia mungkin akan kehilangan nyawa. Kejadian itu dikongsikan oleh rakan mangsa di laman Facebook pada 9 Julai lalu.

Menurut perkongsian tersebut, mangsa tertusuk udang mentah semasa sedang membasuh hidupan air itu. Menurut mangsa, dia telah beberapa kali ditusuk sebelum ini namun kali ini kesannya nampak berbeza.

JARI TELUNJUK KENA BUANG

Sehari selepas itu, jarinya bertukar menjadi hitam dan mangsa juga mengalami demam ringan. Dia dikatakan pergi ke sebuah klinik dan terus dirujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan. Mangsa menjalani pembedahan di sana dan sebahagian jari telunjuknya dibuang.

Selain itu, mangsa juga telah dimasukkan ke hospital selama seminggu dan menghabiskan selama dua hari di Unit Rawatan Rapi selepas pembedahannya. Mangsa telah diserang oleh bakteria pemakan daging yang menjangkiti manusia melalui kulit yang rosak. Doktor juga menerangkan bahawa bakteria itu boleh merebak dengan cepat sehingga ke ketiaknya dan bahagian badan yang lain.

Sumber: Mustsharenews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×