Famili

Bila ‘Handphone’ Asyik Di Tangan, 9 Perkara Penting Ini Semakin Terasa Remeh

1.8K
SHARES

Setiap hari ibu ayah semakin sibuk. Kerja di pejabat tak akan pernah habis, dan begitulah juga dengan kerja-kerja di rumah. Dalam sekelip mata, bayi yang baru lahir dah pandai merangkak, berdiri, berjalan, dan akhirnya bercakap.

Tanpa disedari, masa berlalu begitu cepat. Perkara yang kita biasa nikmati bersama anak setiap hari dulu terasa sebagai ‘beban’ apabila kita asyik kekurangan masa. Jadi walau sesibuk mana, fikirkan semula sama ada gajet menjadi penghalang untuk kita meluangkan masa untuk 9 perkara ini dengan anak.

Bila ‘Handphone’ Asyik Di Tangan, 9 Perkara Penting Ini Semakin Terasa Remeh

1. Tatap Wajah Anak Ketika Mereka Tidur

Bila tatap wajah mereka masa tidur, kita mesti teringat balik apa ‘hutang’ kita pada mereka.

Yang pasti, kita akan teringat muka mereka semasa bayi. Rasa macam cepat sangat masa berlalu!

Tapi kalau asyik sibuk dengan handphone, manalah ada masa lagi untuk memikirkan semua ini, bukan?

2. Bermain & Bergurau Dengan Anak

Makin kerap kita melayari laman sosial, makin cemburu kita melihat kehidupan orang lain. Makin pening kepala memikirkan masalah kewangan. Makin bertimbun pula kerja rumah yang sememangnya tak pernah habis.

Sementara anak masih kecil, ‘join’lah mereka bermain dengan bersemangat. Geleteklah mereka, ‘terbangkan’ mereka ke angkasa.  Nyanyi kuat-kuat, menari lagu kanak-kanak kegemaran mereka. Sebenarnya aktiviti ini bukan saja mengeratkan hubungan, tetapi ia juga menghilangkan semua stres. Bila dah besar nanti, mungkin peluang ini takkan datang lagi.

peranan ayah

Foto Kredit: parentsavvy.com

3. Peluk & Cium Anak

Pelukan adalah salah satu reaksi biologi yang terindah bagi seorang manusia. Ia dapat meredakan kegelisahan dan menenangkan perasaan. Tanpa sebarang kata-kata, semua kerisauan dalam dada akan semakin reda.

Biasakan memeluk anak dan mencium anak kecil sebagai tanda kasih anda kepadanya. Sentuhan dan kemesraan inilah yang akan membina hubungan anda yang lebih mendalam.

dnatesting.com

4. Jadi Pendengar Nombor Satu Mereka

Sebagai seorang dewasa dan pemimpin dalam rumah, ada masanya kita terlalu bersikap mahu mengarahkan tetapi lupa untuk mendengar keluhan.

Walaupun kita tak dapat memenuhi setiap permintaan anak, ‘acknowledgement’ atau sifat mengambil tahu perasaan mereka adalah penting buat mereka. Jadilah pendengar setia di saat mereka masih mempercayai dan mahu meluahkan perasaan kepada kita.

Kalau mereka dah lebih mempercayai orang lain, susah!

Foto Kredit: babyradio.gr

5. ‘Cepat, cepat, cepat!’

Bila asyik dengan gajet, kita seolah-olah asyik tergesa-gesa dan ‘berkira’ masa dengan anak. Tarik nafas. Lihat dan pandang sekeliling. Adakah kerja atau media sosial yang lebih penting berbanding anak?

Misi kita mungkin tidak sama dengan anak. Kita mahu yang terbaik buat mereka, tapi sebenarnya mereka hanya mahu meluangkan masa dengan kita.

Cuba jadualkan waktu lebih awal kalau kita dah ‘masak’ dengan pergerakan mereka yang sedikit perlahan. Janganlah merosakkan masa bersama dengan sikap kita yang asyik mahu cepat, cepat, cepat.

Foto Kredit: rolereboot.org/

6. Cuba Sesuatu Yang Baru Bersama-sama

Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita hanya asyik menyuruh anak-anak melakukan sesuatu yang baru. Kita yang dah dewasa ini merasakan yang kita lebih tahu dan dah pernah cuba semuanya.

Kongsi pengalaman dengan anak untuk mencuba sesuatu yang baru seperti memakan makanan yang tak pernah dirasa, bermain permainan mereka, menyanyi di khalayak ramai, atau menghasilkan kraf bersama-sama. Pengalamannya pasti lebih bermakna!

7. Berbalas Nota

Walaupun di era digital, cara old school ini tetap praktikal buat ibu bapa yang sibuk. Selitkan nota istimewa sempena harijadi mereka, dalam bekas makanan, sisipan buku cerita mereka, atau satu puisi yang anda cipta.

Semua nota ini tentu akan membuat anak anda berasa dihargai dan disayangi. Tak mustahil, mereka juga akan menukilkan sesuatu untuk anda.

Foto Kredit: bentoriffic.com

8. Senyum

Apabila kita selalu sibuk dengan tugasan harian, secara tak sengaja muka kita pun asyik berkerut dan kepenatan. Bila nampak anak, senyumlah. Ianya percuma saja.

Tak kira apapun penyebabnya, senyuman anda sangat menceriakan mereka. Wajah inilah yang akan sentiasa berada dalam ingatan dan menjadi kekuatan mereka.

Foto Kredit: image4you.com

9. ‘Personal Time’ Dengan Setiap Anak

Mungkin bagi yang ada anak kecil-kecil, susah sikit nak buat yang ini. Tapi bila anak dah makin besar, ajaklah mereka keluar one-on-one dengan Mama atau Papa.

Tak kiralah ke pasaraya, kedai makan, atau cuma ke kedai runcit. Hubungan akan terasa lebih dekat walaupun dalam tempoh singkat yang diluangkan bersama. Boleh korek dan luahkan banyak ‘rahsia’ sepanjang perjalanan tau!

Anak-anak Membesar Dalam Sekelip Mata!

Membesarkan anak memang bukan perkara yang mudah. Jika kita tidak cuba melihat yang indah-indah, mungkin kita hanya akan merasai keletihan dan kerisauan.

Jadi, beri masa kepada diri sendiri agar kita dapat menghargai detik-detik indah bersama anak-anak selagi mereka masih di depan mata.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×