Hebahan

Cabaran Pandemik, Media Prima Tetap Catat Keuntungan Bagi Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

3
SHARES

Media Prima Berhad ​hari ini mengumumkan Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020. Ini bagi memperbaiki kerugian selepas cukai (“LAT”) berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan. Apa yang menggembirakn adalah keputusan ini merupakan keputusan kewangan yang positif bagi suku tahunan kedua berturut-turut.

WALAUPUN BERHADAPAN PANDEMIK, MASIH MEMPERTAHANKAN PEROLEHAN

Biarpun berhadapan dengan persekitaran mencabar yang belum pernah dialami, Media Prima mempertahankan perolehan Kumpulan bagi tahun kewangan 2020, merekod perolehan RM1.04 bilion berbanding RM1.11 bilion bagi tahun dalam perbandingan, iaitu penurunan 6%. Kerugian selepas cukai telah dikurangkan sebanyak 90% kepada RM18.1 juta pada FY20 berbanding kerugian sebanyak RM185.5 juta pada FY19. Keuntungan ini juga dapat dilihat dari aset syarikat yang lain seperti kumpulan digital Rev Media Group dan WOWSHOP yang mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Biarpun berdepan dengan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19, Kumpulan telah berjaya menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 33 (“ABPBH 33”) dan Lazada 11.11 Super Show secara maya. Kedua-dua acara ini telah dianjurkan tanpa kehadiran penonton dan mengikuti protokol keselamatan yang ketat semasa penerbitannya. ABPBH 33 berjaya meraih 43% bahagian pasaran penonton televisyen dan juga meraih lebih daripada 700,000 tontonan di YouTube, berbanding 104,000 tontonan untuk edisi sebelumnya.

Tahun 2020 merupakan tahun yang begitu mencabar bagi kita semua. Namun, Media Prima terus berdiri teguh di dalam keadaan yang sukar ini. Kami berterima kasih kerana di samping terus berkembang maju dalam perniagaan, kami juga berjaya mewujudkan suasana yang harmoni untuk penonton di rumah.”- Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad

Bagi membantu masyarakat, kami telah melancarkan kempen Bantuan Kemanusiaan Covid-19 bagi mengumpul dana untuk membantu hospital-hospital merawat para pesakit yang terjejas akibat pandemik ini. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada kempen ini. Inisiatif ini telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.8 juta kepada lebih 20 hospital di seluruh negara.

*Tahniah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×