Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah ‘bonding’ terbaik antara ibu dan bayi. Ketika menyusu badanlah, rembesan hormon terjadi yang dapat mengeratkan hubungan istimewa antara ibu dan bayi.
Walaupun menyusu nampak mudah, tapi hakikatnya yang pernah melaluinya saja akan faham. Rasa sengal badan, sakit belakang, dan lenguh satu badan dibuatnya bila anak ‘pantang’ nampak kita berbaring.
Bila kita betul-betul terikat dengan menyusukan anak, barulah kita tahu sebenarnya ia memerlukan kudrat dan ketahanan mental yang tinggi.
Ini antara cabaran dan bukti ibu menyusu seorang wanita kental!
9 Cabaran Besar Jadi Ibu Menyusu Yang Ramai Tak Faham Selagi Tak Melaluinya
1. Bengkak Susu Yang Menyeksakan
Bila menyusu badan boleh dikatakan ‘wajib’ at least sekali kita kena bengkak susu.
Biasanya ramai ibu kena masa awal kelahiran bayi dan masa nak putus susu.
Selain itu, ibu-ibu yang biasa menyusu pasti tahu akan perangai anak yang suka memilih bahagian untuk menyusu dan sering menolak jika diberi bahagian satu lagi.
Bengkak susu ni jangan dibuat main. Sakitnya bila ditekan tu, memang bisa. Jika dibiarkan boleh merbahaya dan menyebabkan mastitis yang perlu dibedah tau!

Foto Kredit: botaebebave.com
2. Terpaksa Berkepit 24 Jam
Kalau tengok gambar ibu menyusu dekat majalah tu nampak ‘murni’ je kan? Anak menyusu elok, sambil mak-makmya tersenyum simpul, siap main ba ba cak lagi.
Tapi realitinya mak-mak boleh sengal satu badan akibat anak yang tak nak berenggang dengan ibu. Pantang nampak kita berbaring, mesti nak ‘serang’ kita. Lenguhnya tu hanya Tuhan yang tahu!
Ada anak yang hanya mahu perhatian atau mahu dipegang. Padahal dia dah kenyang menyusu. Ini normal, namun ia juga antara ciri high need baby.
Nak melayan dia punya pasal, kita pun boleh tergendala dengan banyak lagi perkara yang perlu dibuat. Dahlah tak siap kerja, badan pulak letih. Agak-agak ada mood ke nak senyum-senyum lagi?
3. Kena ‘Dera’
Hah jangan terkejut, ada bayi yang jadi tabiatnya suka mencubit atau mencakar ibu masa menyusu tau.
Itu belum kira lagi anak yang suka beraksi macam akrobat. Sambil menyusu nak menonggeng, memanjat dan pusing sana sini.
Pakar mengatakan ia adalah normal sebab bayi mahu menggunakan tangan dan derianya untuk teroka persekitaran sekeliling. Mereka suka nak mengutip, mengambil apa-apa yang boleh dicapai. Ini juga dikira sebagai proses pembelajaran bagi yang yang sentiasa ada sifat ingin tahu.
Ada tu yang sampai suka tarik rambut mak dia. Nanti dah tumbuh gigi, siaplah nak kena ‘gigit’ pulak.

Foto Kredit: vagitnist-tyzhden.pp.ua
4. Banyak ‘Pantang’
Jangan ingat lepas pantang tu dah ‘merdeka’.
Bila jadi ibu menyusu ni, kita kena selalu beringat juga sebab ada sesetengah makanan yang sensitif bagi anak yang menyusu.
Contohnya ada yang tak boleh ambil kafein berlebihan dan ada ibu yang tak boleh makan makanan tertentu (walaupun makanan favourite) sebab mungkin bayi mudah kena cirit-birit atau kembung.

Foto Kredit: lahaciendaapts.com
5. Tidur Tak Lena
Masa awal kelahiran, bayi akan menyusu dengan kerap iaitu 1-2 jam sekali.
Bayangkan, macam mana nak tidur lena kalau setiap 1-2 jam kena bangun menyusu atau mengepam kan? Memang ‘mata panda’lah hari-hari jawabnya.
Walaupun lepas 3 bulan kekerapan bayi menyusu akan berkurang, tapi kajian telah membuktikan yang ibu akan tetap mengalami kekurangan tidur sampailah si anak berumur 6 tahun tau!

Foto Kredit: huffingtonpost.ca
6. Dilema Tak Cukup Susu
Ada yang terlebih susu sampai bengkak, ada juga masalah kalau kurang susu atau tersumbat.
Masalah ni biasa dilalui terutamanya ketika ibu stres atau masa berpuasa. Sedih sangat rasa bila stok susu berkurang. Rasa berdosa dan bersalah dekat anak sebab tak dapat bagi susu dekat dia.
Ibu sanggup ikut macam-macam petua dan telan macam-macam suplemen demi nak pastikan bekalan susu sentiasa ada.
7. Peralatan Macam Nak Pergi Berperang
Harga susu formula memang mahal. Tapi siapa kata menyusu badan ni murah.
Macam-macam peralatan yang kena sediakan semata-mata nak lalui tempoh 2 tahun menyusu ni. Daripada pam susu, botol susu, storage bag, warmer, dan pelbagai aksesori serta peralatan mengepam yang lain.
Itu pun belum masuk keperluan untuk menyusu bagi kes-kes tertentu contohnya nipple cream, nipple shield, breast pad, nursing bra semua. Ingat murah ke?
Nanti satu hal lagi bila nak mengangkut pergi nurseri atau balik kampung. Dah macam nak pergi berperang gayanya.

Foto Kredit: groupon.com
8. Kena Pandai Urus Masa
Ibu menyusu kena disiplin dan bijak urus masa sebab rutin mereka perlu tertakluk pada kekerapan anak menyusu.
Ramai ibu sendiri tak sempat nak makan sebab kejap-kejap anak nak menyusu. Kadang tu terpaksa tahan nak ‘membuang’ sebab anak belum habis menyusu.
Bagi ibu bekerja, lain pulak cabarannya. Kalau sehari lupa bawa pam, memang bengkak dan basah habislah baju ibu.
Di pejabat kena minta kebenaran untuk mengepam. Kalau outstation pun kena pandai ‘curi’ masa. Malam-malam pun kena bangun walaupun terlalu memgantuk atau tengah sakit.
Sabar ya mommies!

Foto Kredit: realpregnancysigns.com
9. Fasa Cerai Susu Yang Menyukarkan
Mental koyak!
Ini mungkin antara fasa yang paling susah dan emosional bagi mak-mak adalah masa nak cerai susu tu.
Kalau tak percaya, tengoklah nanti kita yang akan banyak mengalirkan air mata bila tengok anak tak dapat menyusu.
Bayangkan bila terpaksa tengok anak menangis minta disusukan. Kita akan teringat balik momen masa dia lahir.
Rasa sayu tengok dia tidur sambil menangis…

Foto Kredit: aimsindia.com
Banyak Momen Yang Akan Dirindui Walaupun Mencabar
Mencabar kan? Sebab itulah mereka layak diberi ‘tabik spring’ atas segala pengorbanan ini.
Semua cabaran ni kita takkan faham selagi kita tak jadi ibu menyusu.
Tapi walaupun sukar dan mencabar detik-detik bersama bayi, ibu mesti akan merinduinya bila anak dah besar nanti!