Inspirasi

Apa Benda Warna-Warni Dalam Perut Burung Ini?

33
reads

Burung Makan Plastik?

Benar! Apa yang anda nampak dalam perut bangkai burung itu ialah plastik. Mengapa boleh jadi begitu?

Pulau Midway, yang juga dikenali sebagai Pihemanu terletak lebih 2,000 batu dari daratan yang berada di antara Hawaii dan Jepun. Pulau ini menjadi kediaman burung-burung ini. Bayangkan burung ini mencari makanan di Hawaii untuk kelangsungan hidupnya. Sebaliknya, bahan plastik yang bertaburan akibat sikap jijik manusia yang membuang sampah merata-rata dianggap sebagai makanan oleh burung-burung ini.

Akibatnya, sekembalinya mereka ke habitat sebenar, mereka mati di Pulau Midway ini.

Ayuh kita renungkan, mungkin ramai yang menganggap ‘tidak apa’ buang sampah merata-rata. Selepas lihat video ini, baru kita tahu, betapa besar kesannya terhadap alam sekitar.

 

Yang Popular

To Top