Sihat

Bukan Sekadar Najis…Kenali 7 Jenis Najis Ini Untuk Tahu Anda Normal Atau Tidak?

19
SHARES

Sebut sahaja mengenai najis sudah tentunya agak mengelikan dan sedikit ‘kotor’ tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk dipelajari dan difahami kerana berkait rapat dengan kesihatan diri serta pengambilan makanan. Warna dan bentuk najis perlu ditiktikberatkan agar ia tidak memudaratkan kesihatan diri anda.

Bagi anda yang tidak tahu, berdasarkan Bristol Stool Chart, najis kita boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan Bristol Stool Chart kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: 10 Jenis Sayur Paling Berkhasiat, Rugi Kalau Tak Makan!

BUKAN SEKADAR NAJIS. KENALI 7 JENIS NAJIS ANDA

Najis anda melambangkan diri anda. Ia adalah refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.

Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini , merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.

Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah di keluarkan Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit.

Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyah tinja lebih menyakitkan. Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.

CIRI-CIRI PERKUMUHAN YANG SIHAT

1. Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan.)

2. Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar.

3. Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas.

4. Tidak perlu meneran najis.

5. Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai.

Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar. Apa-apa pun jangan tahan untuk buang air besar. Ini kerana ia sangat membahayakan dan boleh menyebabkan sembelit.

Dapatkan nasihat pakar jika anda kurang membuang air besar atau najis tidak normal. Jangan takut!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×