Rakyat

‘Bukan Kedai Ni Bagi Barang Free Ke’- Ambil Barang Macam Stok Sebulan, Rupanya..

30
SHARES

Di saat rakyat berdepan dengan ancaman wabak pandemik yang masih menunjukkan trend peningkatan, ramai dalam kalangan rakyat juga yang semakin terjejas. Oleh itu, wujud banyak food bank yang menawarkan makanan keperluan asas secara percuma bagi mereka yang memerlukan.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan dengan kemudahan yang diberikan ini. Bila baca perkongsian ini, bukan sahaja rasa nak marah tetapi warganet juga terhibur dengan tindakan sesetengah pihak.

“BUKAN KEDAI NI BAGI BARANG FREE KE?”

Menerusi tulisan Muhd Hafiz Zainuddin di laman Facebook, menceritakan pengalaman adiknya berdepan dengan satu situasi di mana seorang pelanggan yang datang ke kedai runcitnya dan mengambil barangan keperluan harian. Bagaimanapun, pelanggan tersebut ‘kebingungan’ apabila pemilik kedai itu bertindak mengira jumlah harga barang yang diambil.

Adik abam hantar. Ada customer mai datang Jasa Mart Grocer amik barang macam stok untuk sebulan. Lepas daripada tue adik abam pon start kira.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila pelanggan tersebut sempat ‘bertanyakan’ kepada pemilik kedai mengapa dia berbuat demikian. Ujar pemilik kedai, barangan percuma yang disediakan hanya terletak di rak hadapan kedai bukannya barangan yang berada di dalam kedai. Pada masa yang sama, pemilik kedai menjelaskan barangan yang diletakkan di food bank adalah terhad.

Customer tanya, eh! kenapa kira, bukan ini kedai bagi free ke saya tengok iklan. Yang free tu atas rak depan tu dan itu pon kami limitkan pengambilan nak bagi semua merasa.

“AMBOI BAGI BETIS NAK PEHA”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan apa yang telah terjadi. Jelas netizen lagi, tindakan individu tersebut disifatkan sebagai tidak wajar kerana mengambil barangan melebihi apa yang diperlukan olehnya.

Sumber: Muhd Hafiz Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×