keselamatan

Budak 3 Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan, Ditemui Pada Kedalaman 2 Meter

558
SHARES

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, Ipoh, pada 8 Oktober 2019.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihak mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian.

Foto: JPBM Perak via Utusan Online

Foto: JPBM Perak via Utusan Online

Foto: JPBM Perak via Utusan Online

Terjatuh Ketika Bermain Dengan Abang

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Anas Hadif Ahmad Hafiz itu dipercayai telah terjatuh ke dalam lubang kumbahan di dalam kawasan kuarters berkenaan, ketika sedang bermain dengan 2 orang abangnya di situ.

Difahamkan kedua ibu bapa mereka ketika itu sedang berada di dalam rumah.

Ditemui Pada Kedalaman 2 Meter

Seorang anggota dipakaikan abah-abah dan tali untuk mencari mangsa di dalam lubang terbabit pada kedalaman dua meter dan menemui mangsa pada jam 9 pagi.

Kanak-kanak itu didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian walaupun telah cuba diberi bantuan pernafasan.

Anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan bagi memudahkan mangsa dikeluarkan dari lubang itu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan telah selamat dikebumikan.

Kanak-kanak Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Seorang kanak-kanak lelaki beru

Kanak-kanak Maut Terjatuh Dalam Lubang KumbahanSeorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kuarters Balai Polis Pasir Puteh di Ipoh, Perak. Mangsa, Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemukan oleh pasukan bomba dan penyelamat di dalam lubang sedalam dua meter.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 8 October 2019

Awasi Anak-anak Kita

Sedihnya tengok suasana hiba ketika abang-abang mereka menangis kesedihan melihat mayat adik mereka seperti yang dilaporkan melalui Buletin TV3.

Apapun, berat mata memandang, tentu berat lagi bahu yang memikul…

Dengar kata, mereka ni baru sebulan berpindah ke kawasan kuarters tu. Ayahnya kata, waktu dia ke tempat kejadian, besi penutup lubang tu dah terbuka dan dia cuma nampak selipar je yang tinggal.

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa. Semoga kita sama-sama juga mengambil pengajaran dan peringatan daripada kejadian ini.

 

*Sumber Berita: BERNAMA, Buletin TV3, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×