Rakyat

Budak 3 Tahun Maut Setelah 4 Jam Tertinggal Dalam Kereta Pengetua

17
SHARES

Sedihnya!

Laporan Kosmo! online hari ini melaporkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun telah ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta selama kira-kira empat jam oleh pengetua tadikanya dalam kejadian di Taman Ria semalam, 16 Mac.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja oleh pengetua terbabit kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim menggunakan ambulans.

Dijemput Pengetua Ke Sekolah

Mangsa dikatakan dijemput pengetua, seorang wanita berusia 49 tahun di rumahnya di Taman Ria untuk ke tadika pada pukul 7.45 pagi

“Mangsa kemudian duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri yang mana sebelum itu, pengetua terbabit telah mengambil seorang pelajar lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

“Sampai sahaja di hadapan tadika, seorang guru telah mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika sementara pengetua pula terus meletakkan kereta di tepi luar tadika dengan enjin dimatikan,” katanya di sini hari ini.

Mangsa Tertinggal Dalam Kereta Dari Jam 8 Pagi Hingga 12 Tengah Hari

Katanya, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan dari pukul 8 pagi hingga 12.15 tengah hari sebelum pengetua menyedari kejadian ketika mahu menghantar mangsa semula ke rumahnya.

“Wanita berkenaan terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri,” tambahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebelum itu, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

*Sumber: Kosmo ONLINE

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×