keselamatan

Dilambung Sampai Terkena Kipas, Budak 2 Tahun Maut

3.5K
SHARES

AMPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas siling di sebuah rumah teres di Tasik Tambahan Ampang, di sini.

Sedang Bermain Dengan Anak Saudara

Dalam kejadian pada 10 malam Ahad lalu, lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ketika itu didakwa sedang bermain dengan anak saudaranya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata anak kepada pasangan warga Myanmar itu sedang menangis di dapur sebelum cuba ditenangkan bapa saudaranya.

“Keterangan daripada ibu mangsa mendapati anak saudara lelakinya bermain sambil melambung mangsa yang sedang menangis di dapur rumah.
“Bagaimanapun mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

“Ibu dan abang mangsa bergegas ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan terhadap mangsa.

Punca Kematian Akibat Trauma Objek Tumpul

“Bagaimanapun pada Isnin lepas, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 10.57 malam dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah akibat trauma objek tumpul pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ketika kejadian, bapa mangsa berada di Butterworth, Pulau Pinang kerana bekerja di sana selama tiga bulan sebelum dimaklumkan oleh isterinya mengenai kejadian pada Isnin.

Noor Azmi berkata bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian.

“Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki Myanmar itu dan suspek kini direman tujuh hari hingga 25 Jun depan,” jelas beliau.

Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bahaya Lambung Anak!

SL: Ish, bahaya betul kan? Lain kali jangan suka-suka sangat bergurau main lambung-lambung macam ni. Selain boleh menyebabkan gegaran, ia juga boleh menyebabkan kecederaan yang tak diingini begini.

Semoga menjadi pengajaran. Sama-sama beringat ya.

*Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×