Dapur

Buat Susu Pekat Manis Sendiri Guna 3 Bahan Je, 3 Minit Dah Siap!

917
SHARES

Susu pekat manis boleh dikatakan bahan yang mesti ada di dalam peti sejuk di setiap rumah.  Bukan sahaja boleh dipelbagai guna, malah susu pekat juga mudah untuk dimasukkan ke dalam air serta ke dalam masakan kerana rasanya yang manis dan berlemak. Jadi, wanita ini telah kongsi resepi buat susu pekat manis dengan caranya tersendiri, dah tak perlu beli di supermarket dah!

Susu Pekat Manis Homemade

Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan susu tepung

1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)

2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara buat:

Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

*Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain. Silakan share. Semoga bermanfaat.

*Senang je rupanya! Boleh cuba ni.

Sumber: Zan Zafirah Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×