Dapur

Buat Homemade Chilli Flakes Yang Confirm Sedap & Pedas Untuk Rasa Makanan Lebih ‘Kick’!

156
SHARES

“Mahalnya chili flakes dekat kedai ni, entah sedap dan pedas ke tidak…”

Chili flakes atau serbuk kasar cili kering adalah antara bahan yang anda perlukan terutama ketika masak makanan Barat. Tidak kira masak pasta atau macaroni, menambah chili flakes pastinya dapat memberi rasa yang lebih ‘kick’ dan warna dalam masakan. Namun, kalau anda perasan harga chili flakes di pasaran boleh dikatakan agak tinggi. Jadi, kalau nak lebih jimat anda sebenarnya boleh buat sendiri chili flakes ini di rumah dan pastinya mempunyai rasa yang lebih pedas!

MACAM MANA NAK BUAT CHILI FLAKES

Sebelum ni pernah beli dah chili flakes. Tapi rase dia tak sama macam yang dominos punya. Rase pahit, bau pun tak mengancam. Pernah cakap dengan kawan brand apa ye yang sedap cili flakes? Ada dia tunjuk botol, tapi dia cakap tak sedap mana jugak dan biji banyak. Tersembang dia cakap buat lah kak.

Cari punya cari maka terhasillah homemade cili flakes. MasyaAllah, Puas hati sungguh buat sendiri, bau wangi, biji kurang, rase yang sangat sedap. Tak ada rasa pahit, bau pelik ke apa. Sis dini dah jatuh cinta buat sendiri. Kos pun murah berbaloi. Cili kering sis dini pakai beli dekat jusco.

1. Selepas basuh cili dan toskan, bakar cili guna kuali pun boleh, guna air fryer pun lagi mudah. Agak agak jer jangan kasi cili hangit ye awak.

2. dah garing cili, patah patahkan guna tapisan supaya senang biji 2 cili tu jatuh. Nanti senang kita ambil cili sahaja untuk masuk dalam blender kering.

3. masuk dalam blender kering, agak agak jangan terlalu kasar atau terlalu halus. selamat mencuba..sedap sangat buat sendiri..pastikan cili kering tu fresh ye awak.

4.tadaaa dah siap

5. masukkan dalam botol yang ada lubang-lubang senang untuk kita pakai.

*Selamat mencuba!

Sumber : Jauharatuddini Taib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×