Dapur

Susu Dah Basi Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Buat Cheese Homemade

4.1K
SHARES

“Susu ni dah basi, boleh buat dah kot..”

Tunggu! Sebelum anda buang susu yang sudah basi tersebut, tahukah anda bahawa anda masih boleh gunakan ia untuk buat cheese homemade? Buat penggemar cheese, pastinya harga cheese di pasaran sedikit sebanyak menghadkan pembelian anda kerana dijual dengan harga yang agak mahal. Jadi, salah satu solusi adalah dengan buat sendiri di rumah, hanya gunakan susu sahaja.

BUAT CHEESE HOMEMADE GUNA SUSU DAH BASI

Alhamdulillah…atas nasihat ahli-ahli dlm group ni saya dah buat cheese…susu kotak full cream yg basi tadi…trimakasih sy ucapkan bebanyak pd Ahli2 yg sudi berkongsi ilmu dan nasehat pd sy…mmg sedap sgguh kejadiannya…ada hikmah disebalik yg jadikan…klu tak sbb susu basi smpi kesudah sy takleh beza antara full cream dan fresh milk…

Sy sertakan sekali resepi buat cheese disbbkan byk ahli yg blm mengetahui cara2nya….klu tersilap mohon diperbetulkan pd sifu2 yg dah biasa buat.

1. Rebus susu yang dah basi tu

2.Bila dah naik kepala saya letak 2 sudu cuka dan garam

3.Dan lepas dekat-dekat nak mendidih saya angkat dan tapis guna kain napkin baby yang bersih. Tunggu sejuk baru saya perah kemudian saya mampatkan balik guna loyang cake.

Selamat mencuba!

Sumber : Rini Haryanie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×