Hebahan

Breakout Nu Sentral Membuka Tirai Dengan 7 Lagi Bilik ‘ESCAPE’ Dengan Tema Menarik!

Perjalanan merentas masa dan rentetan zaman lampau bermula dengan pengalaman ‘Escaperience’ yang menakjubkan di cawangan terbaru BREAKOUT di NU Sentral.

Bertempat di NU Sentral yang berhubung dengan pusat pengangkutan awam utama yakni KL SENTRAL, lokasi strategik ini menjadi pilihan BREAKOUT bagi cawangan kedua yang menawarkan keseronokan permainan ‘escape’ kepada peminat dan pengunjung dengan tujuh tema dan jalan cerita terbaru yang istimewa lagi mengasyikkan.

Bertiraikan keagungan penuh nafas surealisme permainan ‘escape’, BREAKOUT mengatur dan merancang tujuh reka bentuk permainan yang unik dan mencabar minda. Rekaan cawangan kedua BREAKOUT yang baru dibuka pada 10 May 2015 ini mencedok inspirasi dari pergerakan seni dan sains serta peristiwa-peristiwa sejarah terkemuka.

“BREAKOUT amat sesuai bagi peminat permainan ‘escape’ dan sebagai aktiviti keluarga serta orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Kami yakin dengan semangat, kepakaran dan kemahiran kami dalam mencipta jalan cerita serta tema tersendiri yang pasti akan memberi pengunjung dan peminat kami pengalaman baru penuh peristiwa dan teka-teki. Mereka juga akan menikmati konsep berinovasi ini dengan aksi lakonan peranan atau ‘roleplaying’ yang unik di BREAKOUT,” ujar Johnny Ong, Ketua Pegawai Operasi dan Bahagian Kreatif di BREAKOUT.

Terbitkan gaya Star Trek anda di Terraform di mana anda dan krew terpaksa memilih di antara hasil kajian di planet Marikh atau kemungkinan kepupusan kaum manusia di Bumi. Atau kembalikan cahaya ke dunia sambil menyelami detik-detik gelap hidup Nikola Tesla, seorang pencipta sistem bekalan elektrik pertama dari Amerika-Serbia di dalam The Testament of Tesla.

Jika anda inginkan aksi yang mencabar, sebuah misteri menunggu anda di dalam kapal Dreadnought atau daftarkan diri sebagai salah satu ahli Nuevo Union dalam usaha menyelamatkan karya-karya seni warisan menerusi The War for Rembrandt. Ataupun melakonkan peranan sebagai seorang peneroka bermuslihat yang ingin mengetahui rahsia di sebalik campuran ubat mujarab seorang tabib terkenal di Materia Medica.

Peminat magik dan misteri juga akan dikejutkan dengan rahsia mistik The Secret of Hocus atau rentasi zaman dan waktu untuk mentafsirkan misteri peninggalan turun temurun dalam Perpetual.

“Anda bakal menerokai pengalaman yang lain daripada yang lain permainan ‘escape’ yang dibawakan secara realistik dan pasti akan memukau minda anda!” kongsi Leo Ka Wai, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bahagian Perhubungan Awam BREAKOUT. Beliau menyatakan bahawa permainan ini adalah landasan yang ideal bagi seisi keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja untuk mengeratkan jalinan silaturahim antara satu sama lain. Tambahan lagi, permainan beraksi ini amat sesuai untuk semua terutamanya mereka yang gemar cabaran minda dan berfikiran analitis.

Kunjungi BREAKOUT Nu Sentral di Tingkat 4 (bersebelahan Celebrity Fitness) hari ini!

 

[infobox title=’Tentang Breakout’]

DSC01352

BREAKOUT adalah hak milik penuh Superdough Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh 5 orang individu muda, dinamik dan bervisi untuk mencipta pengalaman baru yang unik dan memberi inspirasi kepada masyarakat kini. Superdough lahir dari pertembungan secara harmoni di antara daya imaginasi kreatif dengan ilmu sains kejuruteraan.

Tidak ada satu idea atau cabaran yang tidak boleh ditangani mereka. Seperti namanya juga, ‘Superdough’ adalah seperti tepung yang boleh diadun dan dibentuk menjadi apa jenis saiz dan acuan mengikut keperluan pasaran semasa. Dan yang paling pentingnya adalah mencipta gaya hidup dan pasaran baru penuh nikmat yang tidak boleh didapati di mana-mana.

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×