Bolehkah ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi ambil COVID-19 vaksin?
Jawapan:
Inilah nasihat daripada Joint Committee of Vaccination & Immunisation UK yang disokong oleh Royal College of Obstetricians & Gynaecologist UK.
Pertama sekali, sudah ada ilmu pengetahuan bahawa ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak boleh menerima suntikan vaksin yang bukan hidup (iaitu tidak mengandungi virus hidup yang boleh membiak) dengan selamat.
Vaksin COVID-19 ini ialah vaksin yang bukan hidup.
Untuk vaksin Oxford University/AstraZeneca dan Pfizer/BioNTech, walaupun secara am ia berkemungkinan tinggi tidak membahayakan kehamilan, tetapi kita masih tidak ada cukup bukti dari kajian perubatan untuk membuat saranan memberi vaksin ini kepada semua ibu yang hamil.
Tetapi ada segelintir golongan ibu hamil atau ibu menyusukan bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi COVID-19 yang serius sekiranya terjangkit, maka golongan ini perlu dilindungi dengan vaksin dan boleh mendapatkannya setelah berbincang dengan doktor Obs&Gynae masing-masing secara individu.
Golongan yang berisiko tinggi ialah:
- 1) Penerima pemindahan organ.
- 2) Ada penyakit pernafasan kronik yang teruk termaduk cystic fibrosis dan asthma/lelah yang teruk.
- 3) Ada penyakit darah homozygous sickle cell
- 4) Penerima rawatan immunosuppression yang boleh meningkatkan risiko melawan jangkitan.
- 5) Ada penyakit buah pinggang tahap 5 atau memerlukan dialisis.
- 6) Ada penyakit jantung.
Mereka yang memenuhi kriteria di atas boleh mendapatkan vaksin ini.
Selain dari ini ibu hamil atau ibu yang menyusukan anak yang bekerja sebagai petugas kesihatan ada risiko yang lebih tinggi mendapat pendedahan kepada virus COVID-19 dan mereka juga boleh mengambil vaksin ini setelah berbincang dengan doktor.
Kesimpulannya, di Negara UK, belum lagi ada saranan memberi vaksin COVID-19 kepada ibu hamil atau ibu yang menyusukan anak, kecuali mereka yang memenuhi kriteria di atas.
Kita tunggulah dulu maklumat dari kajian perubatan yang lebih lanjut lagi.
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.
Dr Imelda Balchin
Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology
*Link sumber asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157879458536659&id=679746658