Rakyat

PKPP: Ibu Bapa Tak Akan Dikompaun Jika Bawa Anak Ke Tempat Awam – KKM

34.9K
SHARES

Setelah tamat PKP 9 Jun lalu, telah banyak kelonggaran yang diberikan untuk rakyat Malaysia termasuklah merentas negeri.

Ini bagi membolehkan masing-masing meneruskan kehidupan dan aktiviti harian dengan mempraktikkan norma baharu.

Namun mungkin ada ibu bapa dan penjaga yang was-was sama ada anak-anak boleh dibawa keluar ke tempat awam atau sebaliknya.

Yalah, takut juga kalau-kalau dikompaun jika ianya menyalahi undang-undang kan?

Maka di sini kami kongsikan jawapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang disiarkan melalui page rasmi KKM.

PKPP: Bolehkah Bawa Anak Kecil Ke Tempat Awam?

Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?

Boleh bawa dan ibu bapa/ penjaga juga tidak akan dikompaun kerana tiada peruntukan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988).

*(rujuk https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687605/pkpb-jangan-bawa-anak-kecil-ke-tempat-tumpuan)

Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19.

Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.

Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.

Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.

Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.

Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.

Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.

Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?

Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.

Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.

Ini bukan marah tapi nasihat…

Admin-

*Pautan asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157124901696237&id=373560576236

Respon Orang Ramai

Rata-rata ramai yang bersetuju dan faham dengan kenyataan dari KKM ini.

Di ruangan komen, ada yang menyuarakan kebimbangan dan ada juga yang mengecam tindakan ibu bapa yang membawa anak keluar ke mall dan tempat awam.

Selain itu, tak kurang juga ibu bapa yang risaukan emosi anak-anak yang terlalu lama terkurung di rumah.

Apapun, kita semua sedia maklum bahawa anak-anak dah lama duduk di rumah dan tak dibenarkan ke mana-mana.

Maka, ia satu kelegaan bagi ibu bapa terutamanya jika mereka perlu keluar dan terpaksa membawa sekali anak ke tempat awam kerana tiada penjaga lain.

Namun seeloknya carilah waktu yang sesuai dan tempat yang tidak sesak supaya mereka tidak terdedah kepada wabak ini.

Yang penting patuhi SOP dan amalkan norma baharu dengan teliti ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×