Hebahan

Boleh Pakai Pakaian Yang Sesuai Selain Pakaian Seragam Ke Sekolah- KPM

54
SHARES

Dalam sidang Media YB Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 19 Februari lepas, mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula 1 Mac ini. Oleh itu, ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah giat membuat persiapan barangan persekolahan yang sudah lama tertangguh.

BOLEH PAKAI PAKAIAN BIASA KE SEKOLAH

Namun begitu, tidak semua berpeluang untuk menyediakan barangan persekolahan dalam masa yang singkat bergantung juga atas faktor kewangan, Jadi, Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan untuk memberi kebenaran buat pelajar yang masih belum mempunyai baju seragam sekolah untuk tetapi kembali.

KPM memberi kebenaran untuk pelajar memakai pakaian yang sesuai namun, sopan dan kemas ketika sesi persekolahan bermula. Sesi persekolahan yang bakal bermula pada 1 Mac ini akan berlangsung sehingga cuti persekolahan pertengahan penggal tahun 2021.

Semoga dengan kebenaran dan kelonggaran ini, anak-anak kita dapat kembali ke sekolah dalam keadaan yang selesa setelah sekian lama menghadapi tempoh pembelajaran di rumah.

Sumber : KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×