Seperti yang kita tahu bahawa air masak memang bagus untuk kesihatan. Tetapi, ia hanyalah termaktub kepada orang dewasa dan bukannya untuk bayi. Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara ekslusif buat 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud menyusu semata-mata, tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air kosong.
Oleh itu, perkongsian doktor ini dapat menjelaskan tentang keraguan yang dialami oleh para ibu khususnya ibu baharu sama ada boleg atau tidak bayi minum air masak.
BOLEH KE BAGI ANAK SAYA AIR MASAK?
Selalu juga ibu muda tanya soalan ni.
“Boleh ke saya bagi anak saya air masak?” – Katanya cuaca panas, nanti anak jadi dahaga.
1) Saya pun terangkan yang kita cuma galakkan susu ibu dan susu formula untuk bayi umur bawah 6 bulan.
2) Air masak atau apa-apa jenis minuman lain dikira tak memberi khasiat pada bayi umur bawah 6 bulan.
3) Bayi bawah 6 bulan yang minum air masak secara kerap, boleh mengalami :
– muka bengkak
– suhu badan yang rendah (bawah 36.5°C)
– letih tak bermaya
– tidak mahu menyusu
– paling serius, hingga boleh menyebabkan sawan.
4) Keadaan ini dinamakan sebagai Water Intoxication.
5) Jika beri air masak :
– Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
BERAT BAYI BOLEH MENURUN
Secara purata, berat bayi bertambah 25 gram setiap hari. Kalau asyik bagi air masak yang tiada kalori, boleh jadi berat bayi menurun.
– Buah pinggang bayi tu masih belum matang sepenuhnya dan tak mampu nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.
– Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu sebab perutnya dah penuh.
6) Bila boleh beri air masak pada bayi?
Selepas anak mula diberi makan, barulah boleh beri air masak pada bayi.
7) Jumlah air masak yang boleh diberi:
– Umur 6-12 bulan = ½ – 1 cawan sehari
– Umur 12-24 bulan = 1-4 cawan sehari
– 2 – 5 tahun = 1-5 cawan air masak sehari
Bantu saya #sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita. Biar lagi ramai mak ayah yang tahu dan jadi lebih peka tentang kesihatan anak.
Sumber: Dr. Redza Zainol