Rakyat

Boleh Berjangkit & Menyebabkan Kematian, Ini 5 Perkara Tentang Wabak Wuhan Yang Kita Kena Alert

517
SHARES

Sejenis virus misteri iaitu Novel Coronavirus atau virus Wuhan telah menggemparkan dan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia, malah juga negara-negara Asia.

Terkini, China telah mengesahkan bahawa Novel Coronavirus ini boleh berjangkit dari manusia ke manusia.

Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikam jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Rabu (22 Januari) bagi membincangkan perkembangan terbaru itu dan langkah mengatasinya.

Berikut adalah beberapa fakta ringkas tentang Wabak Wuhan atau Novel Coronavirus yang perlu kita alert.

Apakah Virus Wuhan? 5 Fakta Ringkas Tentangnya

1. Wabak ‘Misteri’ Dari Wilayah Wuhan

Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui tentang virus yang menjangkiti ramai penduduk di wilayah Wuhan di China ini.

Menurut The Straits Times, ada spekulasi yang mengatakan ianya berasal dari sebuah pasar makanan laut di sana, namun ada pesakit yang disahkan dengan virus tersebut berkata mereka tak pernah berkunjung ke pasar tersebut.

Antara simptom yang dialami adalah demam, kesukaran bernafas dan gejala pneumonia.

2. 218 Dijangkiti, 3 Kematian

Semalam, seorang lagi mangsa di Wuhan dilaporkan meninggal dunia akibat virus yang belum dikenali itu, menjadikan 3 kematian setakat ini.

Wabak itu juga telah merebak ke Beijing dan Shenzhen dan angka terkini melaporkan 218 telah dijangkiti virus itu termasuk 14 kakitangan kesihatan yang merawat pesakit.

Foto: CNN

3. Telah Dikesan Di Negara Lain

Apa yang membimbangkan, wabak itu juga telah dikesan di negara Asia lain iaitu Jepun, Korea Selatan dan Thailand dengan masing-masing satu kes.

Kesemuanya pernah melawat wilayah Wuhan.

Foto: BusinessInsider

4. Punyai Ciri Persamaan Dengan Wabak SARS

Wabak itu menimbulkan kebimbangan ramai kerana mempunyai ciri-ciri persamaan dengan wabak SARS yang telah membunuh 650 orang di China dan Hong Kong pada 2002-2003.

Foto: Majlis Keselamatan Negara

5. Langkah Berjaga-jaga Di Malaysia

Di Malaysia, KKM telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa

Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.

Sebagai orang awam, apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko terhadap virus ini termasuklah:

  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan membilas dengan air bersih
  • Menutup hidung dan mulut ketika bersin atau batuk
  • Mengelakkan tempat sesak atau berjumpa dengan orang dijangkiti simptom demam / flu
  • Masak daging dan telur sepenuhnya
  • Menggunakan penutup muka ketika lawatan ke ladang / haiwan liar

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, The Straits Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×