Asuh

Boleh Atau Tidak Anak-Anak Bawah Umur 2 Tahun Minum Ubat Batuk?

Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak. Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan seperti memberikan ubat batuk kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa sesuai atau tidak rawatan seperti pemberian ubat batuk tersebut kepada anak-anak.

Kenapa kita batuk?

Apabila ada ibu bapa datang ke klinik membawa anak berusia 2 tahun ke bawah kerana batuk, pasti mereka akan minta ubat batuk. Di sini lah tugas kami di primary care untuk memberi informasi yang betul dan mengedukasi para ibu dan bapa tentang ubat batuk.

Saya selalu cakap pada ibu bapa. Batuk ini sebagai anugerah tuhan. Ia merupakan satu common reflex action yang membantu mengeluarkan kahak atau benda asing di kerongkong kita. Bayangkan jika Allah tak beri kita batuk? Sudah tentu kahak makin lama makin banyak di tekak dan ini sudah tentu membuat kita makin tak selesa. Begitu juga dengan benda asing atau foreign body. Dengan ada nya batuk, ia membantu mengeluarkan benda asing ini.

Tapi, perlukah kanak kanak di bawah 2 tahun minum ubat batuk?

The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc). Malahan, The American Academy of Paediatrics pula tidak merekomendasikan ubat batuk pada kanak kanak di bawah 4 tahun.

Ubat batuk yang mana pula yang tidak boleh?

1: cough expectorant (guafenesin)
2: cough suppressant (dextromethorphan)
3: decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine)
4: certain antihistamine (clhorpheniramine)

Kenapa ia berbahaya?

Cuba rujuk dalam gambar di bawah di ruangan side effect ubat batuk. Jadi, apa perlu saya buat jika anak saya batuk?

1: Pastikan anak anak kita stay hydrated. Beri makan yang berkhasiat dan minum secukupnya. Saya selalu pesan, bagi buah buahan kaya vitamin c kepada anak anak seperti buah oren.

2: Saline drops also can help loosen secretions from a cold, and lubricate the nasal and sinus passage. These drops are very helpful in assisting infants clear their nose. Saya juga akan menasihatkan ibu membeli nasal aspirator untuk menyedut hingus anak anak di rumah. Jika hidung mereka penuh dengan hingus / mucus.. mereka pasti menolak untuk menyusu.

3: Cuci tangan sebelum memegang anak anak. Hand sanitizer amat penting dan senang di bawa kemana mana.

4. Pastikan tiada rapid breathing atau nafas laju. Jika ada, (mengikut umur) langsung bawa ke hospital.

5: Menggunakan sapu tangan / menutup mulut jika batuk. Jika perlu, anda pakai mask.

6: Kurangkan membawa anak di tempat awam.

7: Jangan meludah merata rata

8: Bagi anak anak yang ada asthma, prevention is better than cure. Eliminate sebarang pencetus seperti haiwan, carpet, pollen, rokok dan lain lain lagi.

Senang kan?

Sumber : Shakirah Halim

Yang Popular

To Top