Dapur

Tambah Je Air Bila Nak Makan, Ini Cara Buat Biskut Beras Bayi Homemade Paling Mudah!

1.3K
SHARES

Bila anak sudah mencapai umur 6 bulan, seronok si ibu nak bereksperimen dengan pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang menjadi kebiasaan untuk ibu berikan kepada si manja adalah biskut beras. Memang banyak jenis jenama biskut beras yang ada di pasaran tapi lebih elok tentunya kalau si ibu buat sendiri di rumah kan?

Jadi, si ibu ini berkongsikan resepi biskut beras homemade ditambah pulak perasa mangga untuk si bayi. Mudah dimakan dan pastinya anak akan suka dengan biskut ini. Yang penting, air tangan ibu untuk si manja tu!

CARA BUAT BISKUT BERAS HOMEMADE UNTUK BABY

1.Saya sangai beras 1 cawan.. saya campur beras biasa + beras sumo.

2.Dah sangai elok sampai kering and brownish, blendkan.

3.Tapiskan sebab nak serbuk yang lagi halus.

4. Blend mango TANPA AIR ya.

5. Puree mango + unsalted butter.. dalam 114g butter (kalau jenama anchor tu separuh)

6. Dah sebati elok, masukkan serbuk beras yang dah ditapis.

7.Saya letak 5 sudu besar penuh ye tepung jagung.

8. Lepas tu tambah 3 sudu besar unbleach flour.. uli-uli doh agak-agak tak berderai and tak melekat. Kalau masih berderai boleh tambah mango puree/unsalted butter.

9. Saja try guna acuan donut.. haha.. bakar suhu 160, dalam 10 minit, api atas bawah.

10. So nie laa hasil dari ibu yang tak berapa nak kreatif.. ada tebal ada nipis. Ok laa.. first try kan.

11. Boleh tambahkan air jee terus.

* Mudah je nak bagi anak makan selepas ini, hanya letak air sahaja.

Sumber : Myra Shafiee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×