Hebahan

Biro Pelancongan Kuala Lumpur Kenalkan 4 Jejak Pelancongan Percuma

22
reads

Semua bandar-bandar terkenal di dunia punyai tarikan yang menakrif karakter dan identiti bandar tersebut. Walaupun ramai orang kenal akan Menara Berkembar Petronas, KL mempunyai potensi besar terhadap tapak warisan sedia ada dan budaya bagi menyambut sejarah yang kaya, warisan dan budaya bandar tersebut.

Dengan pengenalan terbaru penjenaam bandar KL – Bandar Berbeza dan Berbagai dan sejajar dengan Pelan Induk Pelancongan KL 2015-2025: Inisiasif 1.2- Bangun dan pelbagaikan jejak warisan dan produk, Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memperkenalkan strategi campur tangan bagi menekankan terhadap pelancongan kreatif. Ini termasuk penggunaan zon warisan sedia ada KL dan mencipta permintaan untuk cerita-cerita warisan.

Di bawah inisiatif ini, 4 jejak pelancongan Budaya dan Semulajadi telah direkabentuk oleh Biro Pelancongan Kuala Lumpur. KLTB juga telah mengambil khidmat pemandu pelancong yang hebat untuk menjadi tukang cerita bagi setiap jejak dan ia dipilih berdasarkan kebolehan mereka untuk meyakinkan dan berinteraksi dengan pelancong secara intelektual dan emosional dengan Kuala Lumpur bagi menjadikan lawatan para pelancong lebih peribadi, relevan, bermakna dan memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

 

kltb-logo

PENGENALAN 4 JEJAK PELANCONGAN PERCUMA

Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memperkenalkan 4 jejak pelancongan percuma yang bernama:

  • Jejak Budaya Kuala Lumpur
  • Jejak Budaya KL Lama & Semulajadi
  • Jalan-Jalan Budaya Di Kampong Bharu
  • Jejak Budaya Kuala Lumpur Waktu Malam

Menurut Puan Noraza Yusof, Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, jejak tersebut akan menyumbang kepada pendidikan berkekalan dan setiap jejak akan menceritakan kepelbagaian budaya, warisan dan peninggalan pusaka bersejarah yang tersembunyi di dalam Kuala Lumpur.

Pada tahun 2013, Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memperkenalkan jejak yang pertama – Budaya Dataram Merdeka dan dianugerahkan 5 bintang dan Jalan-Jalan di Kampong Bahru turut menerima 5 bintang; kedua-duanya daripada Trip Advisor, sebuah portal pelancongan yang berpengaruh. Sehingga hari ini, KLTB telah memperkalkan 4 jejak dan 8,000 pelancong telah mengambil bahagian, dengan pecahan sebanyak 70% orang asing dan 30% orang tempatan.

 

 

Yang Popular

To Top