Hebahan

Bincang Topik Hangat Semasa, Webinar Kool FM 2021 Kembali Secara ‘Virtual’

14
SHARES

Bila tengah memandu, pastinya radio menjadi teman sepanjang perjalanan bukan? Kadang-kadang terdapat satu segmen perbincangan yang ada di radio, menarik perhatian pendengar terutama sekali apabila ada topik yang hangat. Selaras dengan sambutan yang menggalakkan daripada pendengar Kool FM terhadap Webinar Kool edisi 2020, Kool FM mengambil kesempatan ini untuk meneruskan Webinar Kool bagi edisi 2021 dengan kaedah penstriman langsung.

WEBINAR KOOL DILANGSUNGKAN SETIAP BULAN DENGAN TOPIK MENARIK

Webinar Kool akan dilangsungkan pada hari Khamis lepas, 11 Februari 2021 dengan membawakan topik berkaitan perceraian telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Bersama panel-panel jemputan yang hebat antaranya Nurul Wahab Depp, Syarifah Aleya dan ramai lagi pakar yang berkaitan dengan topik perceraian ini.

Webinar Kool kali ini akan dilangsungkan setiap bulan dan webinar seterusnya akan dijalankan pada 25 Februari, 11 dan 25 Mac serta 15 April 2021. Membawakan pelbagai topik menarik antaranya Home schooling, perihal susu anak-anak, permasalahan kewangan dan banyak lagi. Panel-panel jemputan yang akan turut menjayakan Webinar kali ini antaranya Datin Lisa Surihani, Dato’ Fazley Yaacob, Dynaz Mokhtar dan ramai lagi panel profesional yang lain.

Bercakap mengenai penganjuran Webinar Kool pada tahun ini, Shah Hayatudin, Ketua Audiens Melayu, Kool FM berkata:

“Kool FM gembira untuk membawakan pelbagai perbincangan berkenaan isu semasa yang sedang berlaku dalam komuniti kita. Mengikuti perkembangan terkini, Kool FM akan lebih berupaya untuk mendekati pendengar dalam perjalanan hidup mereka. Topik yang dibawa juga berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat juga.”

Melalui Webinar Kool, walaupun terdapat penyertaan selebriti, mereka juga tetap akan membicarakan topik-topik yang relevan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, semua pihak akan mendapat ilmu dan manfaat bersama daripada topik yang dibincangkan. Bukan itu sahaja,  Kool FM telah merancang pelbagai topik untuk dibincangkan sepanjang 2021 ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Webinar Kool ini.

Penyertaan Webinar Kool kali ini masih menggunakan mekanisma yang sama iaitu pendengar perlu mengikuti, memberikan tanda suka pada Facebook Kool FM dan ianya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Penonton yang bertuah juga bakal memenangi wang tunai sepanjang Webinar Kool ini berlangsung.

Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi: Facebook : Kool FM | Instagram : @koolfmmy | Twitter : @koolfmmy | YouTube : Kool TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×